FIZIKAL pemain timur
tengah menjadi antara halangan yang perlu diatasi skuad kebangsaan bagi
memastikan kemenangan berpihak kepada Malaysia pada perlawanan menentang
Emiriah Arab Bersatu (UAE) dalam saingan kumpulan G Kelayakan Piala Dunia
2022/Piala Asia 2023 nanti.
Perkara itu diakui
tonggak skuad kebangsaan, Safawi Rasid yang kini mengikuti siri jelajah
pramusim di UAE mewakili kelabnya Johor Darul Ta’zim (JDT) apabila melihat
pemain daripada Timur Tengah memiliki kelebihan daripada segi fizikal
seterusnya mudah mengatasi pemain Malaysia.
Safawi berkata,
teknikal dan kemahiran yang dimiliki pemain daripada negara terbabit tidak
mendatangkan masalah kepadanya yang berpengalaman bertembung dengan mereka
sebelum ini dalam kejohanan peringkat antarabangsa.
“Perkara terbabit
menjadi pengajaran pada saya untuk pertingkatkan lagi teknik permainan bagi
mengatasi mereka pada perlawanan menentang UAE nanti,” katanya, ketika
dihubungi Arena Metro.
Malaysia yang akan
bertandang ke gelanggang bagi menghadapi aksi Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala
Asia 2023 pada 26 Mac ini pernah dimalukan tuan rumah dengan kekalahan besar
0-10 lima tahun lalu.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 1 Februari 2020 @ 9:49 PM
No comments:
Post a Comment