Ad

Saturday, 1 February 2020

Piya nafi bersara

SUKAN»Bola
Khamis, 30 Januari 2020 | 1:00pm
 
BEKAS kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi.
Piya nafi bersara
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@bh.com.my

KUALA LUMPUR: Bekas kapten Kelantan, Mohd Badhri Radzi menafikan spekulasi tersebar luas di media bahawa dia akan bersara dari arena bola sepak.

Mengakui masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, Mohd Badhri atau Piya berkata keinginannya untuk meneruskan kerjaya sebagai pemain masih tinggi.

Justeru, pemain berusia 37 tahun itu menganggap berita yang tersebar itu hanya sebagai spekulasi biasa cuba dicetuskan pihak tertentu.

"Saya masih ada kudrat untuk bermain dan saya juga masih mahu bermain. Berita itu (spekulasi bersara) tidak benar sama sekali.

"Memang saya masih belum menandatangani kontrak bersama Kelantan United, tapi Insya-Allah dalam masa terdekat saya akan berjumpa jurulatih dan pengurusan pasukan," katanya kepada BH Sukan, semalam.

Nama Piya tidak asing lagi dalam kancah Liga Malaysia (Liga M) selepas dia berjaya mencipta beberapa kejayaan bersama Kelantan termasuk dua kali juara Liga Super, dua kali Piala FA dan dua kali Piala Malaysia.

Piya menyertai Kelantan United pada musim lalu yang menyaksikan kelab dari Pantai Timur itu berjaya melayakkan diri ke Liga Perdana musim ini selepas muncul juara Liga M3.[1]




[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2020/01/651162/piya-nafi-bersara

No comments:

Post a Comment