MyMetroArena
Ferzalfie Fauzi
ferzalfie@hmetro.com.my
‘BENIH yang baik kalau dicampak
ke darat menjadi gunung dan jika dicampak ke laut menjadi pulau’.
Pepatah itu bersesuaian untuk
menggambarkan wibawa Datuk Misbun Sidek selepas dilantik menjadi Pengarah
Pembangunan Remaja Kebangsaan dan ia turut dipersetujui bekas pemain
perseorangan lelaki negara, Datuk Lee Chong Wei.
“Tidak kisah beliau diletakkan di
bahagian mana sekali pun, beliau adalah jurulatih terbaik. Selepas menerima
tugasan baharu itu saya yakin beliau akan memberikan yang terbaik,” kata Chong
Wei ketika dihubungi Arena Metro semalam.
Bekas pemain nombor satu dunia
itu seakan-akan sudah masak dengan perwatakan Misbun yang mendidiknya sehingga
berjaya berada pada kelas tersendiri di arena antarabangsa.
Ditanya adakah pemain remaja
negara akan sentiasa dibayangi dengan ketegasan Misbun, Chong Wei mengakui
bahawa itulah perwatakan sebenar legenda badminton negara.
“Memang mereka akan berasa takut,
Misbun adalah legenda dan jurulatih nombor satu dalam Malaysia. Bukan mudah
untuk sesiapa saja menjadi jurulatih membimbing pemain negara.
“Beliau mendidik saya sehingga
menjadi pemain nombor satu dunia dan memenangi gelaran. Bukan saja pemain
remaja, semua akan menghormati beliau termasuk saya sendiri kerana beliau yang
menaikkan nama saya,” katanya.
Chong Wei yang bakal menjadi
Chef-de-Mission ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 berkata, hubungan beliau dengan
Misbun lebih daripada pemain dengan jurulatih.
“Beliau bukan seperti jurulatih,
tapi bapa kepada saya. Bukan senang untuk membina hubungan rapat,” katanya.
Misbun, 59, sebelum ini adalah
ketua jurulatih perseorangan lelaki sebelum dilantik memegang jawatan baharu
itu baru-baru ini.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Jumaat, 7 Februari 2020 @ 6:01 AM
No comments:
Post a Comment