MyMetroNode
BERNAMA
Kota Bharu: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyasarkan skuad The Red Warriors (TRW) berada dalam kelompok kedudukan 10 teratas dalam saingan Liga Super musim ini.
Penasihat KAFA Tan Sri Annuar Musa berkata Kelantan tampil sebagai pasukan 'underdog' musim ini yang akan memulakan aksi Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Muhammad Ke IV di sini, esok.
"Piala Malaysia dan Piala FA kami tidak meletakkan sasaran (untuk menjuarainya) khusus tahun ini asalkan mereka (pemain) kompetitif dan menunjukkan kualiti permainan bagus pada setiap perlawanan.
"Kami tiada tekanan mendapatkan piala dan mahu Kelantan kekal dan dapat beraksi dalam saingan Liga Super musim depan musim malah kami berhasrat membina pasukan terkuat dalam sejarah bola sepak negara," katanya.
Beliau berkata pada Majlis Pelancaran Jersi 2017 dan Pengenalan Konsortium Penaja Al Hamra di sini, hari ini.
Pada majlis itu, KAFA turut memperkenalkan barisan pemain skuad TRW, jersi rasmi pasukan dan penaja utama Kelantan musim ini.
Mengenai penyertaan beberapa bekas pemain Kelantan pernah membantu TRW menjulang tiga kejuaraan pada 2012 dalam TRW musim ini Annuar berkata kehadiran mereka tidak boleh dibandingkan seperti kecemerlangan yang dikecapi mereka pada masa lalu.
"Bola sepak adalah realiti, banyak pasukan yang bersaing sudah melakukan perubahan, kami perlu melihat ke hadapan untuk kemajuan.
"Kehadiran mereka untuk membantu memperkuatkan pasukan bagi mengulangi pencapaian enam tahun lalu dan pasukan perlu bekerja keras lagi," katanya.
Antara bekas pemain tetrbabit adalah import dari Lubnan, Mohammed Mahmoud Ghaddar, S Subramaniam, Mohammad Ab Aziz Ismail dan Indra Putra Mahayuddin, Mohd Norfarhan Muhammad dan Mohd Daudsu Jamaluddin.
Sementara itu, dua pemain import baharu sah beraksi bersama Kelantan musim ini ialah Mamadou Danso, 33, (Gambia) dan Alessandro Padovani Celin, 27 (Brazil).
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 20 January 2017 @ 3:49 PM
No comments:
Post a Comment