Ad

Sunday, 17 December 2017

Apa kata pembaca tentang prestasi bola sepak negara

ARKIB : 28/01/2009
PENDAPAT 1
KEMBALIKAN kecemerlangan bola sepak negara walau dengan apa cara sekali pun. Dalam kita merasa duka dengan kemerosotan pasukan senior kebangsaan, masih ada lagi sedikit perkara yang mengujakan iaitu kemenangan skuad Harimau Muda ke atas pendahulu Liga Super, KL Plus.

Berdasarkan komen yang diberikan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) serta jurulatih Harimau Muda, saya berpendapat inilah masanya skuad ini (jika bukan kesemuanya) diserapkan dalam pasukan senior dan diberi pelbagai pendedahan melalui perlawanan persahabatan antarabangsa atau dihantar menjalani pemilihan dan latihan bersama kelab-kelab di Eropah atau dekat mana sahaja di dunia ini.

Muda usia bukan bermakna mentah dari segi kematangan membaca corak permainan. Lihat saja Wayne Rooney, Theo Walcott yang bersama skuad England pada usia sebegini (16-18 tahun), dan beberapa pemain dari negara lain yang mewakili kelab dalam usia muda.

Oleh yang demikian sudah tiba masanya FAM berhenti daripada memilih pemain berdasarkan umur. Iaitu skuad skuad hanya umur begini, umur sekian pula hanya untuk skuad pelapis atau remaja. Saya lihat kita memilih pemain macam mengikut tradisi persekolahan iaitu usia 7 tahun mesti tahun 1, 13 tahun pula mesti tingkatan 1, 16 tahun (tingkatan 4) dan seterusnya.

Kalau pengalaman diukur berdasar usia seseorang pemain, bola sepak kita akan tetap berada di takuk sekarang.

Berilah peluang kepada pemain dalam usia remaja yang memang kita nampak sangat berpotensi serta tahap kecergasan yang amat tinggi.

Saya adalah antara orang yang aktif menjadi jurulatih peringkat rendah (9-12 tahun) dulu dan saya berpendapat potensi pemain-pemain ini tidak digilap sepenuhnya. Apa yang menyedihkan, setiap kali diadakan pertandingan peringkat negeri, tiada seorangpun jurulatih negeri atau negara mahupun wakil menjengah ke lokasi pertandingan.

– MOHAMAD ALI KUPON
sumberArtikel Penuh: http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0128&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_04.htm#ixzz51aufvcJm

© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment