Ad

Sunday 10 December 2017

Cucunda Sultan Pahang bernikah


 

AHMAD NAJMI di samping Tengku Nurul Kamalia selepas pernikahan mereka di Pekan semalam.

PEKAN Cucunda Sultan Pahang, Tengku Nurul Kamalia Tengku Kamil Ismail semalam melangsungkan pernikahan dengan seorang ahli perniagaan, Ahmad Najmi Abdul Razak di Dewan Utama, Istana Abu Bakar dekat sini

Antara kerabat diraja terdekat yang menghadiri majlis itu adalah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah dan isteri, Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah; Tengku Muda Pahang, Tengku Abdul Rahman Sultan Ahmad dan isteri, Cik Puan Muda Pahang, Cik Julita Aishah Abdul Latif.


Ibu bapa kepada pengantin perempuan iaitu Tengku Puteri Seri Lela Wangsa Pahang, Tengku Meriam Sultan Ahmad Shah dan suami, Tengku Besar Pahang, Tengku Kamil Ismail Tengku Idris Shah serta ibu pengantin lelaki iaitu Puan Siti Aminah Abdullah bersama keluarga terdekat turut menyaksikan perkahwinan tersebut.

Pada majlis itu, Ahmad Najmi, 39, secara sah memperisterikan Tengku Nurul Kamalia, 31, setelah sekali melafazkan akad nikah di hadapan Mufti Negeri Pahang, Datuk Abdul Rahman Osman sambil disaksikan oleh keluarga kedua-dua belah pihak dengan mas kahwin RM22.50.

SUMBER-KOSMO ONLINE 13.10.20008 

No comments:

Post a Comment