ARKIB : 23/11/2008
KUALA LUMPUR Pemain nombor
satu dunia, Datuk Lee Chong Wei berpeluang menebus kekalahan kepada Lin Dan
pada perlawanan akhir Sukan Olimpik apabila dipertemukan lagi dengan jaguh
China itu pada final Kejohanan Badminton Terbuka China di Shanghai, hari ini.
Ini merupakan pertemuan pertama
dua pemain terbaik dunia itu sejak kali terakhir bertemu di Beijing tiga bulan
lalu, yang mana Lin Dan menang 21-12, 21-8 untuk muncul juara Olimpik.
Semalam, Chong Wei dikejutkan
dengan kekalahan 17-21 kepada pemain muda Korea Selatan, Park Sung Hwan pada
set pertama sebelum bangkit untuk mencatat kemenangan 17-21, 21-8, 21-7.
Lin Dan pula dipaksa berhempas
pulas untuk menundukkan pemain muda senegara, Wen Kai 21-17, 18-21, 21-17 dalam
satu lagi perlawanan separuh akhir.
Sementara itu, beregu wanita
negara, Wong Pei Tty-Chin Eei Hui meneruskan kecemerlangannya apabila melangkah
dalam perlawanan akhir ketiga berturut-turut.
Pei Tty-Eei Hui yang melayakkan
diri dalam lima perlawanan akhir sepanjang 2008 mengalahkan pasangan Korea
Selatan, Ha Jung Eun-Kim Min Jung 21-13, 11-21, 21-13.
Juara Terbuka Denmark dan
pilihan kedua kejohanan itu kini akan berdepan pasangan tuan rumah dan pilihan
kelima, Zhang Yawen-Zhao Tingting yang mengejutkan beregu nombor satu dunia,
iaitu pasangan senegara, Du Jing-Yu Yang 21-18, 18-21, 21-14.
Bagaimanapun, hasrat Malaysia
untuk melihat kebangkitan dipamerkan beregu muda, Koo Kien Keat-Tan Boon Heong
tidak kesampaian apabila anak buah Rexy Mainaky itu tewas mudah 17-21, 12-21
kepada juara Seluruh England, Jung Jae Sung-Lee Yong Dae dari Korea Selatan.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz518dOy03b
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment