ARKIB : 18/01/2009
Ketika saya menulis rencana ini
(pada hari Sabtu) saya sedang berada di Osnabruck, Jerman. Pada hari Jumaat
semalam saya memberikan ceramah ringkas di sebuah masjid di sini yang diberi
nama Masjid Ibrahim. Kebanyakan ahli jemaahnya merupakan orang Arab.
Saya berucap dalam bahasa arab
mengenai isu semasa umat Islam sekarang khususnya Palestin. Imamnya yang
berasal dari Syria berkhutbah dengan berani dan bersemangat tentang isu Gaza.
Bahkan beliau berkempen agar ahli jemaahnya menyertai demonstrasi aman membantah
kekejaman yang dilakukan terhadap rakyat Palestin. Saya melihat satu keperluan
apa yang beliau kempenkan, sebab di Berlin telah dibuat demonstrasi besar
menyokong tindakan Israel. Malanglah jika ada masjid di Malaysia yang tidak
berani mengutuk Israel. Hari ini (Ahad) saya bercadang hendak ke Berlin untuk
berjumpa dengan beberapa pihak.
Ini adalah kali pertama saya
sampai ke Jerman. Semasa kecil apa yang saya tahu mengenai Jerman iaitu
tenteranya di pihak yang jahat berperang melawan hero-hero Amerika. Ini semua
adalah pengaruh filem Combat semasa zaman tersebut. Oleh kerana Amerika yang
menerbitkan siri Combat tersebut, maka digambarkan merekalah di pihak yang
benar dan Jerman di pihak yang jahat. Alasan kejahatan tidak diketahui
melainkan kerana hero yang ditabalkan berada di pihak tentera Amerika.
Demikianlah cara sesebuah filem mempengaruhi minda manusia, terutama
kanak-kanak. Apabila masuk ke sekolah menengah serta terdedah kepada bahan
bacaan yang berbagai, nama Adolf Hitler dan puak Nazinya agak sinonim dengan
Jerman di lintasan minda setiap kali perkataan Jerman itu disebut. Selain itu,
tidak banyak maklumat tambahan tentang Jerman yang saya baca.
Sebelum saya sampai ke Jerman,
seminggu lepas saya menghabiskan buku yang ditulis oleh Seymour Rossel yang
bertajuk The Holocaust. Sebagai Yahudi, beliau memang membela Yahudi dan
mengutuk Hitler habis-habisan. Beliau mengutip maklumat daripada Encyclopedia
Judia mendakwa bahawa Nazi telah membunuh sebanyak 5,820,960 Yahudi terutama
Yahudi Poland dan Rusia. Saya tidak pasti sejauh manakah benar angka tersebut.
Tapi yang pasti memang Hitler ialah seorang diktator yang sangat kejam.
Membunuh dengan zalimnya bukan sahaja Yahudi, tetapi juga sesiapa sahaja yang
menentangnya. Cara pembunuhannya juga begitu sistematik bagaikan kilang
perusahaan yang teratur. Kekejaman itu tidak dapat diterima oleh sesiapa pun.
Di Jerman sehingga hari ini kekejaman itu dikutuk oleh rakyat negaranya.
kekejaman
Namun, di samping kekejaman
yang disandarkan kepada Adolf Hitler, persoalan yang patut ditanya, mengapakah
kempen Adolf Hitler bahawa Yahudi adalah bangsa yang bahaya, telah merosak dan
mengancam Jerman, mendapat sambutan ketika itu? Ketika Hitler baru cuba muncul
dalam politik Jerman pada tahun 1919, walaupun beliau seorang pemidato yang
baik, beliau belum terkenal dan hanya beberapa orang sahaja yang hadir
mendengar ucapannya. Namun selepas itu, apabila beliau membangkitkan dalam
ucapan-ucapannya isu anti-semitic atau anti Yahudi, rakyat Jerman mula
membanjiri ucapannya dan menyokong gerakannya membenci Yahudi. Apabila Hitler
dipenjarakan pada tahun 1923 selama sembilan bulan, beliau menulis bukunya yang
terkenal Mein Kampf. Sejak awal penulisan buku tersebut, Hitler menegaskan
bahawa penderitaan ekonomi yang dihadapi oleh bangsa Jerman yang ketika itu
adalah berpunca dari kejahatan Yahudi. Perasaan kebencian terhadap Yahudi
dihidupkan dalam buku tersebut. Sebenarnya, Hitler bukanlah orang memulakan
kepercayaan bahawa Yahudi adalah bangsa perosak.
Pada 1542, pemimpin agung
Prostestan Jerman, Martin Luther telah menulis tentang pembohongan dan
kemerbahayaan Yahudi dalam bukunya Against The Jews And Their Lies. Pada kurun
yang ke-14, Sepanyol dan Portugal memaksa masyarakat Yahudi hidup secara
terpisah dari bukan Yahudi. Pada 1516, di Venice, Itali, pihak Gereja Katholik
memerintah agar dibina tembok mengelilingi penempatan Yahudi yang dinamakan
dengan Ghetto. Yahudi tidak benarkan keluar pada waktu malam sehingga menjelang
fajar. Masyarakat awam Kristian ketika itu percaya bahawa Yahudi adalah bangsa
yang jahat dan beramal dengan ilmu hitam. Pembinaan ghetto kemudiannya telah
berkembang ke seluruh Eropah. Maka Yahudi Eropah dikepung di sebalik tembok
ghetto, atau pekan-pekan khas hanya untuk mereka. Mengapakah masyarakat Eropah
ketika itu bersepakat mempercayai Yahudi adalah kaum yang jahat? Jawapannya,
sama ada kepercayaan itu adalah khurafat, atau mereka mempunyai asas pengalaman
dengan Bangsa Yahudi. Jikalau jawapannya yang pertama, Yahudi adalah memang
bangsa yang teraniaya. Jika jawapannya, Yahudi memang dalam sejarahnya telah
merosakkan kehidupan manusia sehingga menjadi ketakutan kepada masyarakat
Eropah, tindakan kejam atau rakus Adolf Hitler, sekalipun kejam dan tidak dapat
diterima, namun ia secara tidak langsung mengurangkan jumlah kemerbahayaan
Yahudi kepada masyarakat Eropah khususnya dan dunia amnya. Apa pun ceritanya,
kesangsian pihak pihak Gereja Kristian telah lama berakar umbi, sehinggalah
Yahudi kembali menipu Eropah pada hari ini. Lalu undang-undang Anti-Semitic
dikuatkuasakan di Eropah, maka bangsa Yahudi mendapat kekebalannya di sini,
terutama di Jerman ini.
Jika lihat dalam sejarah Islam,
di samping menyedari tentang tabiat Yahudi, namun Islam tidak pernah menghukum
mereka hanya kerena mereka Yahudi, tetapi menghukum berdasarkan tindakan
mereka. Nabi SAW pernah mengizinkan mereka terus menetap di Khaibar yang subur.
Namun mereka khianat, merancang dengan pihak musuh untuk menjatuhkan kerajaan
Nabi saw Maka mereka pun diusir. Pada zaman Khalifah 'Umar Ibn al-Khattab,
beliau telah memberikan kepada Yahudi penempatan dan keamanan di Alia,
Palestin. Kebebasan beragama dan hidup diberikan dengan jelas serta termaktub
dalam pengisytiharan khalifah agung tersebut. Namun, seperti biasa, Yahudi
terus khianat. Sejarah pengkhianatan Yahudi bukan bermula sejak kemunculan
pemikiran zionisme, tetapi sejak lama dahulu. Sejak kisah mereka dengan para
nabi yang mengalami berbagai tragedi disebabkan kerenah mereka. Pun begitu,
Islam tidaklah pula menghukum secara 'borong' dengan menyatakan setiap individu
yahudi itu jahat.
Bahkan dalam sirah Nabi SAW,
isteri baginda Safiyyah binti Huyyai merupakan anak ketua Kabilah Yahudi Bani
Quraizah. Ada sahabah yang mulia bernama 'Abd Allah bin Salam. Beliau seorang
yahudi, bahkan tokoh agamawan besar Yahudi. Beliau menganut Islam dan amat
dihormati. Islam amat adil dalam menilai, tidak ditanggung dosa orang lain atas
bahu orang lain. Maka walaupun secara umumnya, rekod Yahudi memanglah buruk,
namun ini tidak menafikan kemungkinan adanya mereka yang baik di kalangan
Yahudi. Tetapi rekod Yahudi secara umum, memanglah buruk. Ini diakui oleh Abd
Allah bin Salam sendiri ketika beliau menganut Islam. Katanya: "Wahai
Rasulullah! Kaum Yahudi adalah puak yang paling kuat berdusta. Mereka jika tahu
aku menganut Islam mereka akan menuduhku bukan-bukan. Sembunyikanlah aku di
sisi engkau dan hantarlah orang bertanya pendapat mereka mengenaiku". Maka
Rasulullah pun menyembunyikannya dan menghantar orang memanggil golongan Yahudi
lalu mereka pun datang. Rasulullah SAW bertanya mereka: "Apakah kedudukan
Abdullah bin Salam pada pandangan kamu?" Jawab mereka: "Dia orang
yang terbaik di kalangan kami, anak orang terbaik. Pemimpin kami, anak pemimpin
kami. Ulama kami, anak ulama kami". Sabda Rasulullah: "Apakah jika
dia menganut Islam, kamu akan turut menganut Islam?" Jawab mereka:
"Allah lindunginya dari perkara tersebut". Sabda Rasulullah:
"Wahai Abdulullah bin Salam, keluar dan beritahulah kepada mereka".
Abdullah bin Salam pun keluar dan berkata: "Aku menyaksikan bahawa tiada
ilah melainkan Allah dan Muhammad Rasulullah". Lantas mereka berkata:
"Dia orang yang paling jahat di kalangan kami, anak orang yang paling
jahat. Orang yang paling jahil di kalangan kami dan anak orang paling
jahil". Kata Abdullah bin Salam: "Aku telah beritahu wahai
Rasulullah! Bahawa Yahudi adalah kaum yang kuat berdusta". (Riwayat Ahmad
dan al-Bukhari).
Kita bukan anti kaum tertentu,
atau anti-semitic secara membabi buta seperti Hitler atau masyarakat Eropah
dahulu. Namun jika kita melihat Yahudi Israel hari ini mengkhianati perjanjian
atau bersikap jahat, itu bukanlah perkara baru dan pelik untuk mereka kerjakan.
Kepercayaan Hitler itu, mungkin ada benarnya.
- Dr. Mohd Asri ZainUl Abidin
ialah bekas mufti Perlis dan sekarang Pensyarah Pengajian Islam, Universiti
Sains Malaysia (USM) yang sedang sabatikal di Britain.
Laman web: drmaza.com.
E-mel: moasriza@yahoo.com
sumberArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2009&dt=0118&pub=Utusan_Malaysia&sec=Bicara_Agama&pg=ba_01.htm#ixzz51VLpI2bf
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment