ARKIB : 08/09/2008
NICOL David muncul juara skuasy
Terbuka Belanda selepas menewaskan Natalie Grinham dari Belanda pada perlawanan
akhir, semalam.
KUALA LUMPUR - Datuk Nicol Ann
David mempertahankan kejuaraan Terbuka Belanda yang dimenanginya tahun lepas
selepas menewaskan Natalie Grinham dari Belanda semalam.
Pemain nombor satu dunia itu
hanya memerlukan 55 minit untuk merangkul kejuaraannya yang ketujuh tahun ini
dengan menjinakkan Grinham 11-9, 11-9, 11-4.
''Ia merupakan satu perlawanan
yang hebat, kami bermain dengan beberapa rali yang panjang seperti yang
sentiasa kami bermain ketika bertemu sesama sendiri dan saya tidak rasa seperti
menang 3-0.
''Dia berjaya bermain dengan
baik apabila mempunyai peluang, dia berlatih di gelanggang ini dan dia bermain
dengan baik pada permainan pertama.
''Saya terpaksa mencari rentak
dan saya amat bertuah akhirnya berjaya mengutip mata berharga ketika dua permainan
awal.
''Saya sangat gembira dengan
kemenangan ini selepas saya memberi fokus sepenuhnya dan akhirnya memenangi
Terbuka Belanda sekali lagi, saya akan cuba mempertahankan kejuaraan tahun
depan,'' kata Nicol.
Ia merupakan kemenangan
kesembilan Nicol ke atas Grinham selepas mereka bertemu sebanyak 10 kali dalam
kejohanan utama.
SUMBERArtikel Penuh:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0908&pub=Utusan_Malaysia&sec=Sukan&pg=su_01.htm#ixzz50NjmWFyj
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment