sukanteam@nstp.com.my
KAPTEN Melaka United (MU),
Khairul Fahmi Che Mat tidak berasa gusar dan janggal beraksi di Kota Bharu bagi
berdepan skuad negeri kelahirannya, Kelantan pada aksi Liga Super, malam esok.
Penjaga gol yang baharu mewakili
MU, Mei lalu selepas lebih 10 musim bersama The Red Warriors itu jelas akan
menggunakan segala pengalamannya bersama skuad terbabit dalam usaha
mempertahankan kubu MU daripada dibolosi.
Menurut penjaga gol yang mesra
digelar Apek sebagai ‘pekerja’ dia akan bersikap profesional untuk majikan
baharunya (MU) selain tidak terbawa-bawa dengan emosi, sentimen kenegerian mahu
pun mempunyai agenda peribadi dalam perlawanan berkenaan.
“Saya akan memberikan persembahan
200 peratus untuk MU dengan sasaran menyumbang tiga mata untuk dibawa pulang ke
bumi Hang Tuah. Taat setia tetap bersama majikan saya.
“Apapun rasa gementar tetap ada
berikutan setiap perlawanan memang wujud perasaan sedemikian namun ia perlu
segera diatasi. Mungkin aksi di sini sedikit berbeza kerana selepas 10 tahun
mewakili Kelantan saya hadir kali ini sebagai ‘musuh’ buat mereka,” katanya.
Sehubungan itu, dia akan beraksi
penuh fokus tambahan pula lawan kini kian memperolehi rentak dan keserasian
selepas melakar kemenangan ke atas Selangor, Rabu lalu.
Beliau berkata, dia juga akan
turun dengan perasaan tenang berhadapan barisan penyerang tuan rumah dan
penyokong setia mereka, malah perlu yakin demi menghadiahkan kejayaan buat MU.
Justeru, dia juga mengharapkan
persembahan yang menarik ketika MU menewaskan Kedah 4-1 di Paya Rumput, Selasa
lalu mampu diulangi kali ini.
Baginya, amat rugi jika skuad
Hang Tuah melepaskan peluang memenangi perlawanan kerana kekalahan boleh
menjejaskan usaha memperbaiki kedudukan di carta liga.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada
: Sabtu, 14 Julai 2018 @ 12:10 AM
No comments:
Post a Comment