Oleh-AHMAD BIN YAAKOB
Konsep Raja Mutlak
Kemunculan negara bangsa pada abad ke-15,meletakkan asas bagi kemunculan sistem pemerintahan beraja mutlak di Eropah pada abad ke-16 dan 17.Sistem pemerintahan beraja mutlak bermaksud sitem kerajaan di mana cara pemerintahan raja tidak dikawal oleh parlimen. Melalui sistem ini,kehendak pemerintah ialah undang-undang. Kemunculan sistem ini dapat dikesan di Perancis pada abad ke-16 dan 17.[1]Perancis mengamalkan pemerintahan sistem beraja
mutlak di bawah pemerintahan Raja Louis XIV yang telah memerintah Perancis selama 72 tahun.[2]
Raja mutlak di Perancis.
Raja merupakan sumber kepada segala kekuasaan dan undang-undang di dalam sebuah negara.Contoh Raja Louis ke- XIV, Raja Perancis (1638-l7l5) pernah berkata 'o L'etot c'est moi" (Negara adalah beta)
ii. Raja berkuasa ke atas gereja
Raja perlu berikrar menjaga dan pertahankan agama negara iaitu Kristian mazhab Katolik Kuasa pope ke atas gereja telah berjaya dikurangkan oleh raja.Raja berkuasa melantik biskop dan ketua biara.Mereka yang dilantik oleh raja akan lebih mentaati raja, ini telah memberi kelebihan kepada raja untuk mengawal gereja dengan lebih mudah.
iii. Dibantu oleh golongan bangsawan.
Pemerintah monarki Perancis pandai mengambil hati para bangsawan dengan memberi mereka pencen yang tinggi dan ditawarkan kerja-kerja yang memberikan gaji yang lumayan.Golongan ini bertanggungiawab membekalkan angkatan tentera untuk membentengi negara tidak berjaya.
Kesempatan ini bejaya dimanafaatkan oleh raja mereka. Raja berjaya memperolehi hak untuk memiliki tentera yang bersiap sedia (standing army).Contoh Louis XIV berjaya mempunyai angkatan tentera yang terbesar, paling lengkap dan cekap di Eropah.
iv. Kuasa untuk memungut cukai mereka sendiri tanpa sekatan. Ini memberi kelebihan kepada raja untuk membuat perancangan pentadbiran, ketenteraan dan menanggung perbelanjaan kerajaannya sendiri.
Raja Perancis hidup mewah dengan membina istana-istana besar di pelusuk negara. Mereka hidup bergaya dan dapat membina prestij yang tersendiri.Contoh raja Louis XIV telah membina istana besar di Versailles, arkitek-arkitek terkemuka telah mereka bangunan dan diperindahkan oleh pelukispelukis terkenal.
Raja telah menggunakan bala tenteranya untuk mengawal golongan bangsawan yang ingin menentangnya.Contoh Raja Louis ke - XIII menggunakan pasukan tentera raja untuk memusnahkan kota-kota yang menentangnya. Mendapat sokongan golongan peniaga, kelas pertengahan dan profesional kepada raja dalam mengurangkan kuasa golongan bangsawan dan gereja. Ini kerana selama ini hanya golongan ini sahaja yang membayar cukai sedangkan golongan bangsawan dan gereja dikecualikan.
Berkuasa Ekonomi.
Negara Perancis berjaya mengekalkan kekukuhan ekonominya dengan jumlah penduduk yang ramai,ini menyebabkan rakyat Perancis merasa bangga dan tiada alasan untuk menentang pemerintahan beraja.
Negara Perancis mempunyai pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti menteri kewangan Jean Baptiste Colbert yang berjaya menjadikan Perancis sebagai negara industri dan kuasa militer.
Gemilang Kesusasteraan dan keseniaan.
Zaman Louis XIV juga zamar, keemasan bagi kesusasteraan Perancis. Antara tokoh-tokoh seni
yang terkenal ialah Racine dan Moliere.[3]
[1] Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Sejarah Dunia 1500-1955 (Shah Alam: Oxford Fajar,Edisi Kedua 2015),.123.
[2] “Raja Mutlak dan Raja Berperlembagaan “dalam Modul Pengajaran dan Pembelajaran STPM Sejarah Penggal 1, , (Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia,2013),67 .
No comments:
Post a Comment