BERNAMA
IPOH: Disiplin tinggi ketika
bertahan dan melancarkan serangan merupakan faktor utama yang membantu Pahang
menewaskan PKNP FC 2-1 dalam aksi separuh akhir kedua Piala FA 2018 di Stadium
Perak di sini, malam tadi.
Pengendalinya, Dollah Salleh
berkata meskipun pasukan tuan rumah melancarkan serangan bertali arus ke gawang
gol Pahang, namun anak buahnya kekal fokus selain berjaya menjaringkan dua gol.
“Pada awal permainan babak
pertama kita nampak selesa dalam penguasaan bola daripada pihak lawan dan kita
berjaya mendahului PKNP.
“Masuk separuh masa kedua, kita
sekali lagi dapat jaringkan gol namun selepas itu pemain sedikit hilang fokus
hingga PKNP berjaya rapatkan kedudukan,” katanya ketika ditemui pada siwASDdang
media sejurus perlawanan.
Pada perlawanan berkenaan, Pahang
berjaya menjaringkan dua gol hasil sumbangan Austine Amutu pada minit ke-32 dan
Nor Shahrul Idlan Talaha pada minit ke-75.
PKNP FC pula mendapat gol sagu
hati pada minit ke-80, hasil sepakan penalti pemain import, Franklin Anzite
selepas bola terkena tangan pertahanan Pahang dalam kotak penalti.
ADVERTISING
Dollah berkata beliau turut
memuji aksi yang ditampilkan para pemain muda PKNP kerana berjaya mengimbangi
corak permainan Pahang.
“PKNP nampak lebih tersusun,
teratur dan nampak mereka menyerang cuma terlepas banyak peluang. Bagaimanapun,
saya turut berbangga dengan pemain saya kerana berdisiplin dalam meraih
kemenangan.
Sementara itu, Ketua Jurulatih
PKNP Abu Bakar Fadzim berkata, kegugupan selain terlalu menghormati Pahang
antara punca kegagalan anak buahnya mencipta sejarah untuk pertama kali layak
ke pentas final Piala FA.
Bagaimanapun beliau akur dengan
keputusan tersebut selain berpuas hati dengan keseluruhan persembahan yang
ditonjolkan anak buahnya.
Sumber-Artikel ini disiarkan pada
: Isnin, 2 Julai 2018 @ 3:32 PM
No comments:
Post a Comment