Raikan kemenangan Malaysia
PEMAIN skuad bawah 19 tahun
kebangsaan meraikan kemenangan ke atas Indonesia sekali gus mara ke perlawanan
akhir menentang Myanmar esok. - UTUSAN ONLINE
Fadhilul Izmel Ishak
13 Julai 2018 6:11 PM
KUALA LUMPUR 13 Julai - Walaupun
berdepan detik cemas apabila dilontar objek oleh penyokong Indonesia selepas
tamat perlawanan separuh akhir Piala AFF Bawah 19 (B-19) menentang Indonesia
namun Bojan Hodak menegaskan anak-anak buahnya tidak mengalami kecederaan dan
trauma.
Jurulatih skuad B-19 negara itu
berkata pemainnya berada dalam keadaan baik malah teruja untuk menghadapi
Myanmar dalam aksi final kejohanan di Stadium Gelora Delta Sidoario, Indonesia,
esok.
“Tiada sesiapa pun mengalami
kecederaan ekoran daripada insiden tersebut dan mereka juga tidak trauma meskipun
diserang oleh penyokong sebaliknya mereka bersorak ketika berada di bilik
persalinan.
“Apabila anda menang, semuanya
akan menjadi manis sahaja,” kata Hodak ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini
hari ini.
Pasukan B-19 negara diserang oleh
penyokong Indonesia yang tidak berpuas hati apabila skuad Garuda Muda tewas 3-2
dalam penentuan penalti 3-2 di tangan Malaysia setelah kedua-dua pasukan
terikat 1-1 di Stadium Gelora Delta Sidoario, semalam.
Pemain dan pegawai pasukan negara
terpaksa berlari ke bilik persalinan untuk menyelamatkan diri daripada diserang
penyokong tuan rumah yang didakwa membaling botol minuman dan batu. - UTUSAN
ONLINE
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/video-pemain-tidak-trauma-hodak-1.708383#ixzz5LBeTZeHg
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment