TAN CHENG HOE (dua dari kanan)
bersama jurulatih Fiji, Christophe Gamel selepas sidang akhbar menjelang
pertemuan kedua-dua pasukan dalam perlawanan persahabatan di Petaling Jaya
semalam. UTUSAN/SURIYA BONMA
05 Julai 2018 3:00 AM
KUALA LUMPUR 4 Julai – Tiada
alasan selain kemenangan ke atas Fiji dalam perlawanan persahabatan
antarabangsa kelas A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras malam esok
sekiranya mahu memperbaiki kedudukan ranking dunia.
Meskipun Fiji bukanlah pasukan
kuat namun harus diingatkan bahawa skuad kendalian Christophe Gamel itu berada
di kedudukan ke-165 dalam ranking dunia, enam anak tangga di atas Malaysia.
Walau bagaimanapun, pengendali
Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menyifatkan beberapa kejutan yang dilakukan
pasukan-pasukan ranking lebih bawah dalam Piala Dunia yang sedang berlangsung
ketika ini memberi inspirasi buat pasukan negara untuk tidak memandang kedudukan
ranking.
Namun, bekas jurulatih Kedah itu,
menjangkakan persaingan sengit bakal dihadapi anak didiknya dalam pertemuan
menentang pasukan yang memiliki kelebihan dari segi fizikal dan mengingatkan
mereka agar tidak sesekali memandang mudah kemampuan Fiji.
“Saya sudah lihat permainan Fiji
dan mereka bukan pasukan yang lemah. Permainan mereka teratur selain memiliki
kekuatan dari aspek fizikal.
“Kami perlu memperkuatkan semua
posisi terutama bahagian serangan di mana pemain kita dilihat kurang menyerlah
dalam Liga Malaysia. Saya perlu mencari jalan untuk mengatasi masalah itu dan
berharap pemain mampu memberikan aksi terbaik,” kata Cheng Hoe dalam sidang
akhbar di sini, hari ini.
Namun Cheng Hoe berkata dia tidak
meletakkan sasaran untuk meraih kemenangan besar seperti ketika menundukkan
Bhutan 7-0 dalam perlawanan persahabatan terakhir di Stadium Nasional, Bukit
Jalil, 1 April lalu.
Sumber-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/harimau-perlu-menang-untuk-pulih-semangat-1.703247#ixzz5KNZDJJOk
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment