Ad

Tuesday, 24 July 2018

Tolong jaga pemain kami!

Selasa, 24 Julai 2018 | 6:02pm
 
DATUK Mohd Yusoff Mahadi. - Foto Rasul Azli Samad
Tolong jaga pemain kami!
Oleh Zulfaizan Mansor
zulfaizan@nstp.com.my
KUALA LUMPUR: Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) perlu menetapkan kawalan keselamatan paling maksimum buat skuad bola sepak Malaysia sepanjang Sukan Asia Jakarta-Palembang, bulan depan.

Itu permintaan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia, Datuk Mohd Yusoff Mahadi kepada PSSI selepas insiden pasukan B-19 negara dibaling objek oleh penyokong Indonesia ketika kejohanan AFF B-19 di Surabaya, 12 Julai lalu.

Bagaimanapun, Yusoff percaya tahap keselamatan skuad kendalian Datuk Ong Kim Swee di Sukan Asia nanti lebih terjamin berdasarkan hubungan baik antara FAM dan PSSI.

"Kami pun sudah melahirkan rasa kurang senang (berkenaan insiden penyokong) kepada PSSI, tapi lebih kepada persahabatan, bukan secara bantahan. Kami juga minta benda ini tidak berlaku lagi untuk masa akan datang.

"Kami memahami suasana penyokong Indonesia kerana perlawanan membabitkan antara kelab di negara itu pun benda (insiden) yang sama berlaku. Jadi, apatah lagi pasukan luar beraksi di sana.

"FAM sudah berbincang dengan PSSI untuk mengambil langkah yang lebih baik supaya benda ini tak berlaku hingga mendatangkan kemudaratan kepada pemain. Keselamatan pemain perlu diberi keutamaan oleh PSSI," katanya.

Skuad B-19 negara didakwa dibaling objek oleh penyokong Indonesia ketika mahu memasuki bilik persalinan selepas aksi separuh akhir kejohanan AFF di Stadium Gelora Delta Sidoarjo yang menyaksikan Malaysia menang 3-2 menerusi penentuan penalti.

Malah, terdapat juga laporan minggu lalu berkenaan rusuhan penyokong selepas aksi kelab Sriwijaya FC dan Arema FC dan ia lebih teruk apabila peminat didakwa bertindak membaling kerusi ke atas padang di Gelora Sriwijaya di Palembang.
Sumber-BERITA HARIAN OLINE Selasa, 24 Julai 2018 | 6:02pm

No comments:

Post a Comment