Ad

Wednesday 25 July 2018

Kelantan sah turun Liga Perdana

KAPTEN pasukan Terengganu FC I,  Tchetche Kipre (tengah) berjaya
KAPTEN pasukan Terengganu FC I, Tchetche Kipre (tengah) berjaya mengatasi pemain Kelantan, Baktyar Duishobekov dalam perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, malam ini. -AZLAN BAHRUM
Rosalinda Md. Said

23 Julai 2018 11:04 PM

KUALA TERENGGANU 23 Julai - Kelantan sah tersingkir ke saingan Liga Perdana musim depan selepas tewas 2-0 dalam aksi Liga Super menentang Terengganu FC I (TFCI) di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah di sini,sebentar tadi.

Kekalahan tersebut menyaksikan The Red Warriors (TRW) menjadi pasukan kedua yang akan bersama-sama skuad Negeri Sembilan ke liga berkenaan.


Tuan rumah membuka jaringan pada lewat babak pertama selepas kaptennya, Tchetche Kipre berjaya memperdaya pertahanan lawan sebelum menewaskan penjaga gol pelawat, Shahrizan Ismail.

Bersambung babak kedua, TFC I berjaya menggandakan jaringan menerusi pemain pertahanannya, Mohamad Kamal Azizi Mohamad Zabri pada minit ke-53 sekali gus mengesahkan skuad kendalian Yusri Che Lah turun pangkat musim depan.

Kekalahan itu menyaksikan Kelantan dan Negeri Sembilan berkongsi 15 mata daripada 21 perlawanan dengan liga berbaki satu perlawanan lagi.

Sementara itu, juara liga lima kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) terus melakar kemenangan apabila menewaskan PKNP FC 2-1 di Stadium Perak. - UTUSAN ONLINE

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/kelantan-sah-turun-liga-perdana-1.714940#ixzz5MGGQWugQ© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment