Ad

Saturday, 21 July 2018

Malaysia tarik diri Sukan Asia?

ONG KIM SWEE
 ONG KIM SWEE
Sufian Hadi Sojak

21 Julai 2018 6:37 PM
KUALA LUMPUR 21 Julai - Kesukaran mengumpulkan pemain bagi menghadapi Sukan Asia 2018 mungkin mendorong jurulatih skuad bola sepak bawah 23 (B-23) Malaysia, Datuk Ong Kim Swee mengambil tindakan drastik menarik diri daripada temasya di Jakarta-Palembang itu.

Kata Kim Swee, beliau tidak punya pilihan lain sekiranya beberapa pasukan tetap berkeras enggan melepaskan pemain mereka memandangkan Sukan Asia (18 Ogos hingga 2 September) bertembung dengan Piala Malaysia.


“Kena faham, apabila saya menyenaraikan 24 pemain untuk dipanggil (dan) enam pemain dalam senarai sedia ada, hanya daripada 30 pemain ini yang saya boleh panggil.

“Mengikut peraturan minimum 18 pemain dibenarkan untuk ke Sukan Asia. Jika kita tidak dapat mengumpulkan jumlah tersebut, bermakna kita perlu tarik diri daripada kejohanan (acara bola sepak) Sukan Asia.

“Saya harap semua pasukan memberikan kerjasama, dan yang penting adalah untuk kepentingan negara. Saya telah bercakap banyak kali perkara ini, di mana kepentingan negara perlu diutamakan.

“Saya faham ada jadual Piala Malaysia (yang berlangsung serentak dengan Sukan Asia) hanya beberapa perlawanan sahaja (bertembung) dan tanpa beberapa pemain, semua pasukan (di Liga M) masih mampu memberikan saingan cukup sengit,” ujar Kim Swee.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi dialog bersama Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin di Kampung Padang Balang, di ibu negara di sini hari ini.

Kesukaran membentuk skuad terbaik dalam misi beraksi di Sukan Asia 2018 Indonesia bermula Ogos ini berdepan kesukaran susulan tiada jaminan buat pemain yang terpilih untuk mendapat pelepasan daripada pasukan di Liga M biarpun senarai 24 nama telah dikeluarkan Rabu lalu. - UTUSAN ONLINE

Sumber-Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/sukan/bola-sepak/malaysia-tarik-diri-sukan-asia-1.713493#ixzz5LwXNOdwu
© Utusan Melayu (M) Bhd

No comments:

Post a Comment