19 JULAI 2018
Penemuan bangkai kapal Dimitrii
Donskoi itu dibuat pakar dari Korea Selatan, Britain dan Kanada.
SEOUL - KOREA SELATAN. Pasukan
penyelamat Korea Selatan dilaporkan telah menemui bangkai kapal perang milik
Rusia dipercayai mengandungi jongkong dan syiling emas bernilai kira-kira
AS$130 bilion (RM527 bilion).
Menurut laporan The Telegraph,
kapal perang itu karam akibat pertempuran 113 tahun lalu.
Firma Shinil Group turut
mengesahkan penemuan kapal Dimitrii Donskoi itu berhampiran Pulau Ulleungdo.
Pasukan terdiri daripada pakar
dari Korea Selatan, Britain dan Kanada menjumpai bangkai kapal tersebut
menggunakan dua kapal selam pada Ahad lalu.
"Rakaman diambil video
melalui kapal selam itu menunjukkan kesan kemusnahan pada kapal perang itu
ketika bertempur dengan tentera laut Jepun pada Mei 1905.
Ia turut memaparkan meriam,
senapang pada dek dan sauh yang diselaputi karang. Badan kapal itu rosak teruk
akibat dibedil, namun dek dan bahagian tepinya masih baik," lapor The
Telegraph. – CNA
SUMBER-SINAR HARIAN 19 JULAI 2018
No comments:
Post a Comment