24 Julai 2018 3:00 AM
SHAHRIL SUFIAN HAMDAN
Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril
Sufian Hamdan berkata, berdasarkan semakannya dengan Kementerian Kewangan,
rekod 103.4 peratus ini juga adalah yang paling tinggi dalam sejarah Malaysia.
Katanya, sepanjang tempoh
pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr. Mahathir Mohamad selama 22 tahun
bermula 1981 sehingga 2003, kadar hutang kerajaan berbanding KDNK yang paling
rendah dicatatkan adalah pada tahun 1997 iaitu sebanyak 31.9 peratus.
Berkenaan hutang luar pesisir
pula, katanya, tahun 1986 juga telah menjadi rekod tertinggi dalam sejarah
apabila peratusan hutang luar pesisir berbanding KDNK yang direkodkan sebanyak
39.5 peratus.
“Saya mengikuti sesi Dewan Rakyat
sebelah pagi ini dan berasa tertarik dengan jawapan Perdana Menteri bagi soalan
jawab lisan berkenaan pinjaman yang hendak dibuat oleh kerajaan dari Jepun.
“Dalam jawapan yang diberikan,
Perdana Menteri telah menyatakan bahawa hutang kerajaan pada tahun 1980-an dan
1990-an adalah kurang dari RM300 bilion atau bersamaan sekitar 27 peratus KDNK
negara pada masa itu,” katanya dalam Facebook di sini hari ini.
Shahril Sufian memberitahu,
beliau telah membuat semakan dari data yang diperoleh dari laman web
Kementerian Kewangan dan mendapati jawapan Perdana Menteri adalah jauh
tersasar dari kebenaran sebenar.
Katanya, walaupun benar hutang
kerajaan sepanjang tempoh yang disebut Perdana Menteri tidak pernah melebihi
RM300 bilion, namun apabila dibandingkan dengan KDNK, Perdana Menteri ternyata
telah memberi jawapan yang tidak benar
SUMBER-Artikel Penuh:
http://www.utusan.com.my/berita/politik/hutang-kerajaan-tertinggi-pada-1986-1.715060#ixzz5MGMUggEQ
© Utusan Melayu (M) Bhd
No comments:
Post a Comment