Simpan Artikel
MyMetroArena
Firdaus Hashim
firdaushashim@nstp.com.my
PENYERANG muda
negara, Muhammad Akhyar Rashid bersedia memikul tanggungjawab lebih besar
bersama skuad Harimau Malaya dengan memastikan posisi sayap kiri kekal menjadi
miliknya selepas ini.
Akhyar, 20,
yang menyumbang satu gol ketika membantu pasukan negara menundukkan Timor Leste
5-1 dalam aksi kedua pusingan pertama Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia
2023 Selasa lalu berjaya menampilkan aksi mantap sepanjang 90 minit permainan
dengan kelibatnya sukar dikekang pertahanan lawan.
Malah, pada
aksi pertama kelayakan turut menyaksikan dia mencetak nama selaku penjaring
biarpun hanya masuk sebagai pemain gantian ketika pasukan meraih kemenangan 7-1
ke atas Timor Leste sekaligus meraih agregat besar 12-2 untuk mara ke pusingan
kedua kelayakan.
"Saya
sangat berterima kasih untuk jurulatih dan semua kerana bagi peluang pada saya
(mengisi kesebelasan utama) pada perlawanan kelmarin.
"Atas
kepercayaan itu, alhamdulillah saya dapat berikan aksi terbaik.
Saya sangat
terharu sebab semua beri komitmen 100 peratus bagi memastikan kita ke pusingan
berikutnya.
"Bagi
saya kalau jurulatih sedia nak letak saya (kesebelasan utama), saya dah sedia
untuk bermain," katanya pemain Johor Darul Ta'zim (JDT) itu.
Sebelum ini,
Akhyar sering menjadi 'watak pembantu' dalam jentera serangan negara apabila
kerap diturunkan sebagai pemain gantian bagi menghidupkan bahagian itu terutama
pada babak kedua.
Bagaimanapun,
pengendali pasukan Tan Cheng Hoe membuat kejutan pada aksi timbal balik
menentang Timor Leste dengan nama pemian kelahiran Kedah itu mengisi
kesebelasan utama menggantikan Syazwan Zainon yang direhatkan.
Adik kepada
bekas pemain kebangsaan, Rafdi Rashid itu jelas tidak mensia-siakan peluang
keemasan itu apabila memperagakan aksi terbaik dengan dia turut meledak gol
untuk membalas kepercayaan Cheng Hoe.
Katanya, Cheng
Hoe sentiasa berpesan kepadanya supaya mengekalkan prestasi dan cuba merebut
tempat dalam pasukan JDT.
"Jurulatih
banyak kali pesan pada saya untuk perlawanan akan datang selalu cukup rehat,
kekalkan kecergasan dan buat apa yang patut untuk perlawanan akan datang dan
juga di JDT," katannya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2019 @ 4:15 PM
No comments:
Post a Comment