Ad

Sunday, 1 December 2019

Lego Sam' raih emas break dance


MyMetroArena
 
Saiful Affendy Sapran
saifulaffendy@hmetro.com.my

SAM Jee Lek menyumbang pingat emas kedua negara di Sukan Sea selepas mengungguli acara break dance di Hotel Royce, Clark, hari ini.

Atlet yang mendapat gelaran Lego Sam itu meraih maksimum 12 mata selepas memenangi kesemua empat pertarungan dalam saingan menggunakan format liga sepusingan itu.

Jee Lek beraksi cemerlang mempamerkan aksi menyakinkan dengan beberapa gerakan baru sekali gus yang berjaya memikat juri.

Emas dimenangi itu adalah yang pertama dari sukan tarian sejak kali pertama dipertandingkan pada edisi 2005 di Manila.

Pingat perak milik peserta Vietnam, Lee Huu Phuoc manakala gangsa, Jeremy Sim (Singapura).

Jee Lek muncul penyumbang emas kedua negara selepas atlet wushu, Loh Choon How menghadiahkan emas pertama pagi tadi menerusi acara taijiquan.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Disember 2019 @ 3:06 PM


No comments:

Post a Comment