Simpan Artikel
MyMetroUtama
Siti Nor
Hidayatidayu Razali
sitinor@hmetro.com.my
PENGAYUH
basikal warga emas, Wan Hashim Wan Mahmood, sekali lagi, memulakan kayuhan
solonya sejauh 600 kilometer (km) dari Kota Bharu ke Songkhla, Thailand bermula
hari ini.
Wan Hashim
atau lebih mesra dikenali Pak Wan, 74, berkata, kayuhan solo itu adalah kali
kesembilan dalam tempoh lima tahun bertujuan mempromosikan Tahun Melawat
Malaysia (TMM) 2020 dan Tahun Melawat Kelantan (TMK) 2020.
Pak Wan
berkata, bagi tujuan promosi, dia membawa kain rentang dan akan berhenti di
beberapa destinasi untuk membuat rakaman video bersama penduduk dengan
menggunakan telefon bimbit miliknya.
“Saya akan
merakam video promosi TMM 2020 dan TMK 2020 bagi menarik pelancong negara jiran
datang ke negara ini termasuk Kelantan. Saya akan lakukan (rakaman video)
sekerap yang mungkin supaya mesej sampai kepada pelancong.
“Kayuhan solo
ini dilakukan selama lapan hari bermula dari Kota Bharu ke Rantau Panjang ke
Songkhla dan kembali ke Rantau Panjang pada 1 Januari 2020,” katanya.
Terdahulu
Pengarah Tourism Malaysia Kelantan, Hafiz Hazin merasmikan Pelepasan Misi
Kayuhan Solo Jelajah Selatan Thailand di pekarangan Pejabat Tourism Malaysia
Kelantan di Kota Bharu, hari ini.
Turut hadir,
Pengarah Pejabat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia (MOTAC)
Kelantan, Mohd Aidil Afizie Daud.
PAK Wan
memulakan ekspedisi kayuhan solo 600 km dari Kota Bharu, hari ini. FOTO Nik
Abdullah Nik Omar
Ibu Pak Wan,
Hasmah Che Ahmad, 90, dan isteri, Faridah Daud, 68, turut hadir memberi
kata-kata semangat kepada Pak Wan sebelum pelepasan dilakukan.
Dia berkata,
bagi memastikan misi berkenaan berjaya, setiap hari, sejak sebulan lalu, dia
melakukan kayuhan sekurang-kurangnya sejauh 40 km dari Kota Bharu ke Pasir Mas
atau seminggu sekali ke Rantau Panjang dan Sungai Golok, Thailand.
“Kayuhan ini
dilakukan bagi memastikan stamina saya kuat dan persediaan fizikal serta mental
kerana perlu berdepan pelbagai cabaran terutama keadaan cuaca yang tidak
menentu.
“Walaupun
cuaca dijangka hujan dan ribut, tetapi saya akan tetap meneruskan misi kayuhan
bagi memastikan ia tamat mengikut masa yang ditetapkan,” katanya.
Sementara itu,
Hafiz berkata, program itu adalah kerjasama antara Pejabat Tourism Malaysia
Kelantan bersama Pusat Penerangan Pelancongan Negeri Kelantan (TIC).
“Program ini
bertujuan mempromosikan TMM 2020 dan TMK 2020 bagi menarik pengunjung masuk ke
negara ini serta Kelantan sekali gus meningkatkan bilangan pelancong,” katanya.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Rabu, 25 Disember 2019 @ 1:19 PM
No comments:
Post a Comment