Simpan Artikel
MyMetroArena
BERNAMA
PERSATUAN Bola
Sepak Negeri Sembilan (PBNS) menyasarkan kelompok dua pasukan terbaik dalam
saingan Liga Perdana 2020 untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super 2021.
Setiausaha
Kehormat PBNS, Satwant Singh percaya barisan kejurulatihan dan pemain skuad
Rusa mampu merealisasikan sasaran berkenaan selepas membuat perubahan
besar-besaran dalam skuad utama bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2020.
“Saya percaya
dengan percaturan pasukan Negeri Sembilan untuk musim 2020, ditambah dengan
segala pengalaman yang kita ada untuk memastikan prestasi skuad ini terus
cemerlang.
“Ini kerana
sudah lama kami tinggalkan Liga Super dan sudah tiba masa untuk kita lebih
serius memburu slot tersebut pada musim 2021 nanti,” jelas Satwant dalam satu
kenyataan dikeluarkan Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini.
Skuad Rusa
yang bakal dilatih bekas pengendali skuad Piala Presiden Negeri Sembilan,
Sazali Saidon, dilaporkan mengikat tujuh pemain baharu, termasuk dua bekas pemain
kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah dan Muhd Shahrom Kalam.
Pasukan
berkenaan turut diperkuatkan dengan lima muka baharu, iaitu, bekas penyerang
Selangor United, Nazrul Kamaruzzaman, bekas pemain pertahanan Pulau Pinang, Che
Safwan Hazman, bekas pemain UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, bekas pemain
pertahanan UiTM FC, Ahmad Azriddin Rosli, dan bekas pemain skuad Bawah 23
(B-23) kebangsaan, Nur Shamie Iszuan Amin.
Negeri
Sembilan yang membuat penampilan terakhir dalam saingan Liga Super pada musim
lepas, menduduki tangga keenam daripada 11 pasukan dalam kempen Liga Perdana
pada musim ini dengan kutipan 29 mata daripada 20 perlawanan.
SUMBER-Artikel
ini disiarkan pada : Selasa, 24 Disember 2019 @ 7:15 PM
No comments:
Post a Comment