AIMAN SADIQ ABDULLAH | | 30 November 2019
Muhammad Safawi dicalonkan untuk gol terbaik Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019 ketika menentang Shandong Luneng pada April lalu.
SHAH ALAM - Gol jaringan bintang bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Muhammad Safawi Rasid yang dicalonkan untuk gol terbaik Liga Juara-Juara Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) 2019 ketika menentang Shandong Luneng pada April lalu, kini sedang mendahului carta undian.
Sehingga kini, jaringan Safawi yang juga pemain skuad kebangsaan mendahului sebanyak 50 peratus berbanding sembilan lagi jaringan yang disenarai pendek pihak AFC.
Sembilan calon lain adalah Islom Tukhtakhujaev dari PFC Lokomotiv, Gonzalo Viera (Al Rayyan), Sergio Antonio (Kashima Antlers), Shojae Khalilzadeh (Persepolis), Khojiakbar Alijonov (Pakhtakor Tashkent FK), Kim Dae-won dari Daegu FC, Romario Ricardo Silva (Al Ittihad), Khalid Muneer (Al Duhail) dan FabrÃcio dos Santos dari Urawa Reds.
Ketika perlawanan itu, Muhammad Safawi telah berjaya menggegarkan jaring pasukan lawan menerusi sepakan kaki kiri dari luar kotak penalti dan gol menakjubkan itu telah dicalonkan dalam 10 jaringan terbaik bagi anugerah AFC Champions League 2019 Best Goals.
Pemain sayap berusia 22 tahun itu menjaringkan gol jarak jauh pada minit ke-60 perlawanan tersebut yang berakhir dengan kekalahan JDT 1-2 pada 9 April di Stadium Pusat Sukan Olimpik Jinan di Shandong, menurut laman sesawang AFC, semalam.
Jaringan tersebut telah mendapat pujian rata-rata peminat sukan bola sepak tanah air dan peminat boleh mengundi untuk Muhammad Safawi di Vote for your best goal of AFC Champion 2019
Jaringan Muhammad Safawi kini sedang mendahului carta undian dengan 50 peratus diekori gol dari Khalilzadeh.
SUMBER-Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/59765/BERITA/Sukan/Gol-Safawi-dahului-carta-undian-gol-terbaik-Liga-AFC
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
No comments:
Post a Comment