Ad

Saturday, 28 December 2019

KAFA mahu jumpa Norhafiz selesai masalah


Sabtu, 28 Disember 2019 | 10:38pm
 
Bekas pemain Kelantan, Norhafiz Zamani Misbah. - NSTP/Adzlan Sidek
KAFA mahu jumpa Norhafiz selesai masalah
Oleh Mohd Fitrie Muhamad
mfitrie@bh.com.my

 KUALA LUMPUR: Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) akan mengatur satu pertemuan bersama Norhafiz Zamani Misbah bagi mencapai kata sepakat baharu dalam usaha menyelesaikan isu berbangkit membabitkan tunggakan gaji.

Setiausaha Agung KAFA, Hussin Deraman berkata, bayaran RM15,000 yang dibuat sebelum ini adalah salah satu usaha diambil pihaknya untuk meringankan beban dipikul pemain.
"Kita faham apa yang dihadapi pemain dan bayaran itu pun sebahagian inisiatif kita untuk bantu pemain yang kami masih berhutang. Hanya itu (RM15,000) yang boleh kita dahulukan dan bukan niat untuk persendakan.

"Memang kita terkejut bila dia hantar semula duit itu. Tetapi dalam usaha menyelesaikan masalah, kita akan cuba aturkan pertemuan dengannya dalam masa terdekat ini.

"Dalam pertemuan itu kita akan berbincang semula untuk dapatkan persetujuan," katanya ketika dihubungi.

BH Sukan kelmarin melaporkan Norhafiz bertindak memulangkan semula RM15,000 kepada persatuan terbabit.

Ia berikutan pemain itu tidak pernah bersetuju untuk sebarang pengurangan mahupun bayaran secara ansuran membabitkan tunggakan gajinya berjumlah lebih RM80,000.

"Bukan dengan dia saja, kami juga ada mengadakan perbincangan dengan pemain lain untuk selesaikan masalah ini dan ia akan terus dilakukan.

"Sasaran kita adalah untuk selesaikan kesemua hutang sebelum berakhirnya musim 2020," kata Hussin.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/12/642226/kafa-mahu-jumpa-norhafiz-selesai-masalah

No comments:

Post a Comment