Ad

Friday 6 December 2019

Keputusan kes Akhyar hujung bulan

SUKAN»Bola
Khamis, 5 Disember 2019 | 5:51pm
 
Keputusan mengenai kes perpindahan kontroversi Akhyar yang dirujuk ke AIAC bakal diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini. - NSTP/Osman Adnan
Keputusan kes Akhyar hujung bulan
Oleh Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
ALOR SETAR: Keputusan mengenai kes perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur bakal diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA), Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membuat ucaptama pada Kongres Tahunan KFA kali ke-44 yang berlangsung hari ini.

"Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) masih tidak berputus asa dalam usaha mencari kebenaran berkaitan kes perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT) ini.

"Kes ini seolah-olah tidak bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan.

ADVERTISING

"Untuk makluman, sumbangan yang dikutip untuk Tabung CAS-KFA yang berjumlah RM50,000 dahulu sudah habis digunakan untuk menampung kos guaman kes berkenaan dan ia tidak mencukupi.

"Jadi, KFA menanggung segala kos tambahannya." katanya.

Mac lalu, KFA menegaskan pihaknya tidak pernah membuat pusingan U dalam kes membabitkan penyerang kebangsaan itu yang  bermula sejak 18 Januari lalu.

Pihak KFA juga sudah memulakan proses timbang tara di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum bidang kuasa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau FIFA boleh diguna pakai.

Kes ini bermula selepas mendapat nasihat peguam berkaitan proses timbang tara dilakukan menurut Fasal 12.1 dan KFA turut meneliti Artikel 25.3 iaitu Peraturan Status Pemain FAM dan juga keputusan Jawatankuasa Rayuan FAM yang  dibuat.

Menurut Artikel 67 Statut Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), badan induk itu sepatutnya mewujudkan tribunal timbang tara untuk menangani rayuan daripada Jawatankuasa Rayuan.

Untuk menangani ketiadaan tribunal itu ketika ini, peguam FAM mengesahkan badan yang paling sesuai untuk proses timbang tara boleh dilakukan di AIAC yang berpangkalan di Kuala Lumpur dan KFA juga pada masa yang sama sudah mendapatkan pengesahan daripada pihak peguam FAM.[1]




[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/12/635508/keputusan-kes-akhyar-hujung-bulan.

No comments:

Post a Comment