Ad

Wednesday 18 December 2019

Kuala Lumpur tak kisah 'kuda tua'

Simpan Artikel
MyMetroArena
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my
DIBARISI tonggak kuda tua tidak menghalang skuad Kuala Lumpur memasang impian untuk mencipta kejayaan pada saingan Liga Perdana musim depan termasuk memastikan pasukan itu kembali ke kancah Liga Super 2021.

Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) Nokman Mustaffa berkata, kemasukan dua pemain berpengalaman membabitkan bekas kapten Melaka, Shukor Adan dan pemain PJ City, S Subramaniam dilihat mampu menyelesaikan masalah di bahagian pertahanan Kuala Lumpur yang dilihat longlai sebelum ini.

Beliau berkata, walaupun kemasukan dua pemain itu menyebabkan skuad City Boy dibarisi ‘kuda tua’, pengurusan percaya kemampuan serta kebolehan mereka dalam memastikan kubu pasukan terus kekal kental pada saingan liga nanti.

“Saya lihat tidak ada masalah meletakkan kepercayaan kepada pemain sudah berusia kerana mereka sudah membuktikan kemampuan masing-masing ketika beraksi bersama pasukan sebelum ini.

“Keputusan diambil berdasarkan persetujuan banyak pihak dan pengalaman yang ada pada mereka turut boleh dimanfaatkan pemain muda nanti,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, di sini.

Selain Shukor dan Subramanian, skuad City Boy turut meletakkan kepercayaan kepada tonggak mereka Indra Putra Mahayuddin yang sudah mencecah usia 37 tahun untuk terus mengemudi bahagian serangan pasukan.

Selain itu, Kuala Lumpur meletakkan sasaran untuk kembali ke kancah Liga Super pada musim 2021 sekali gus akan memastikan barisan pemain lebih mantap pada saingan 2020.



SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 19 Disember 2019 @ 12:03 AM

No comments:

Post a Comment