Ad

Sunday 22 December 2019

Buka peluang pemain muda tempatan

Simpan Artikel
MyMetroArena
 
BERNAMA
PASUKAN The Red Warriors (TRW) dan Kelantan United (KUFC) perlu memberikan tumpuan mengangkat bakat-bakat muda tempatan, bagi menyertai kedua-dua pasukan itu untuk beraksi pada saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan.

Bekas pemain Kelantan dan Kebangsaan era-90, Mohd Hashim Mustapha, 53, berkata, penyertaan dua pasukan dari negeri itu ke saingan Liga-M khususnya Liga Perdana, dilihat memberi ruang lebih kepada pemain muda bermain di saingan liga lebih tinggi.

"Ia satu perkembangan yang baik kepada pemain muda, terutamanya daripada pasukan Piala Presiden Kelantan untuk ditampil beraksi pada liga yang lebih mencabar.

TRW sendiri ketika ini menggunakan hampir 100 peratus pemain muda dan diharapkan ia terus dikekalkan musim depan,” katanya hari ini.

Saingan Liga-M sesi 2020, negeri dari Pantai Timur itu mempunyai dua pasukan apabila pasukan KUFC melayakkan diri ke saingan Liga Perdana selepas muncul juara pada saingan Liga M3 musim ini.

Mohd Hashim yang pernah beraksi dalam skuad kebangsaan antara tahun 1984 sehingga 1996 berkata, sebagai jurulatih yang membimbing pasukan Piala Presiden Kelantan musim ini, beliau lihat ramai pemain muda yang boleh diserapkan oleh kedua-dua pasukan terbabit.

"Jadi saya harap baik ketua jurulatih Kelantan TRW, Yusri Che Lah dan ketua jurulatih KUFC, Zahasmi Ismail melakukan penilaian terhadap pemain-pemain itu dan jangan biar mereka berhenti bermain bola sepak buka peluang kepada mereka untuk menerus kerjaya mereka," katanya.

Beliau berkata, begitu juga dengan peluang pemain tempatan dari negeri ini, penyertaan dua pasukan terbabit diharap memberikan bonus kepada pemain tempatan dari negeri itu untuk mendapat tempat pada saingan Liga-M.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 15 November 2019 @ 5:19 PM


No comments:

Post a Comment