Ad

Thursday 12 December 2019

Tujuh pemain baru pelengkap kekuatan NS

MyMetroArena
 
Mohd Amin Jalil
sukanteam@nstp.com.my
SELAIN Shahrom Kalam dan Shahurain Abu Samah, Negeri Sembilan turut mengikat lima lagi pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim depan. Mereka ialah bekas penyeran

g Selangor United, Nazrul Kamaruzzaman, 26, pemain pertahanan Penang FA, Che Safwan Hazman, 24, bekas pemain sayap UKM FC, Mohd Arip Amiruddin, 26, pemain pertahanan UiTM FC, Ahmad Azriddin Rosli, 24, dan bekas pemain Sarawak FA, Syamie Iszuan, 24.

Menurut sumber, kesemua pemain berkenaan sudah menandatangani kontrak setahun dengan Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) pada 6 Disember lalu.

"Mereka adalah pemain berpengalaman yang pernah beraksi dengan beberapa pasukan dalam saingan liga tempatan sebelum ini dan diyakini mampu memperkuatkan lagi kekuantan pasukan.

"Kami yakin mereka akan dapat memberikan sumbangan terbaik kepada Negeri Sembilan dalam membantu melonjakkan kembali pencapaian pada saingan liga musim depan," katanya di Seremban, hari ini.

Difahamkan kemasukan mereka adalah bagi menggantikan pemain musim lalu yang tidak disambung kontrak dan berhijrah ke pasukan lain membabitkan Osman Yusoff, Aroon Kumar, Ferris Danial Mat Nasir, Danish Haziq Saipul Hisham dan Dzulfahmi Hadi.

Dalam pada itu, tonggak paling berpengalaman Norhafiz Zamani Misbah antara pemain musim lalu yang dikekalkan dalam skuad Hobin Jang Hobin.

Sumber berkata, khidmat dan kepakaran Norhafiz Zamani yang juga kapten pasukan masih ditagih bagi memimpin pemain lain terutama pemain muda dalam skuad berkenaan.

"Kami berharap menerusi gandingan mantap ramai pemain berpengalaman dalam pasukan, Negeri Sembilan mampu memberikan saingan mantap sepanjang cabaran yang bakal dihadapi kelak," katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Disember 2019 @ 5:33 PM



No comments:

Post a Comment