Ad

Wednesday 11 December 2019

Pahang tak sambung kontrak Mat Yo

SUKAN»Bola
Selasa, 10 Disember 2019 | 3:11pm
 
PEMAIN Pahang, Norshahrul Idlan Talaha. NSTP/Adzlan Sidek.
Pahang tak sambung kontrak Mat Yo
Oleh Asrol Awang
bhsukan@nstp.com.my
KUANTAN: Tiada lagi kelibat penyerang Harimau Malaya, Norshahrul Idlan Talaha bersama skuad Pahang bagi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.

Ini kerana skuad Tok Gajah tidak melanjutkan kontrak Norshahrul atau Mat Yo selepas penyerang itu menyertai Pahang selama dua musim sejak 2018.

Turut tidak ditawarkan lanjutan kontrak ialah Zubir, Azmi, R Kogileswaran, A Salomon Raj, Afif Amiruddin, Remezey Che Ros dan Wafieyuddin Shamsudin.

Menurut sumber, skuad Tok Gajah ingin melakukan perubahan dalam membentuk kembali skuad yang lebih padu selepas gagal meraih piala musim ini.

"Pahang kini dalam proses pembentukan pasukan termasuk berusaha menyenaraikan pemain baru untuk memberi saingan kepada lawan.

"Segalanya akan diumumkan dalam tempoh terdekat termasuk pemain import selepas tiga daripada lima import tidak lagi bersama Pahang musim depan," katanya.

Setakat ini, tiga import yang disahkan tidak lagi bersama Pahang ialah Safuwan Baharudin dari Singapura, Saddil Ramdani (Indonesia) dan Lazarus Kaimbi (Namibia).

Namun, difahamkan status dua lagi import iaitu Dickson Nwakaeme dan Herold Goulon sama ada kekal atau tidak masih menjadi tanda tanya.[1]


[1] https://www.bharian.com.my/sukan/bola/2019/12/637209/pahang-tak-sambung-kontrak-mat-yo%C2%A0

No comments:

Post a Comment