Ad

Thursday, 5 December 2019

Keputusan kes Akhyar hujung Disember

MyMetroArena
 
Izzali Ismail
sukanteam@nstp.com.my
KEPUTUSAN mengenai kes perpindahan kontroversi bekas pemain Kedah, Akhyar Rashid yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara (AIAC) di Kuala Lumpur bakal diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini.

Perkara itu dimaklumkan Presiden Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) Datuk Seri Mukhriz Mahathir ketika membuat ucaptama pada Kongres Tahunan KFA kali ke-44 hari ini.

"Keputusan kes yang dirujuk ke Pusat Timbang Tara Antarabangsa Asia (AIAC) di Kuala Lumpur akan diketahui selewat-lewatnya hujung bulan ini."

"Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) masih tidak berputus asa dalam usaha mencari kebenaran berkaitan kes perpindahan pemain, Akhyar Rashid ke pasukan Johor Darul Ta'zim (JDT)."

KFA turut berharap pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dapat bertindak telus dalam menyelesaikan isu itu dengan segera.

"Kes ini seolah-olah tidak bergerak kerana hingga kini ia masih belum memasuki fasa rayuan." Untuk makluman, sumbangan Tabung CAS-KFA berjumlah RM50,000 habis digunakan menampung kos guaman kes berkenaan tidak mencukupi malah KFA menanggung segala kos tambahan," katanya.

Pada Mac lalu, KFA menegaskan mereka tidak pernah berpatah balik dalam kes membabitkan penyerang kebangsaan itu yangbermula sejak 18 Januari lalu. Pihak KFA juga memulakan proses timbang tara di peringkat domestik terlebih dahulu sebelum bidangkuasa Mahkamah Timbang Tara Sukan (CAS) di Switzerland atau FIFA boleh diguna pakai.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Khamis, 5 Disember 2019 @ 5:40 PM

No comments:

Post a Comment