Ad

Wednesday 18 December 2019

Aksi JDT, PJ City ditunda ke 16 Julai angkara influenza

Simpan Artikel
MyMetroArena
 
Syazwan Msar
mohdsyazwan@hmetro.com.my

PERLAWANAN membabitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) menentang Petaling Jaya FC (PJ City) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Haji Hassan Yunos, Larkin malam esok (10 Julai) terpaksa ditunda atas faktor keselamatan, kesihatan dan kesukanan.

Keputusan terbabit diambil selepas Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerima permohonan penundaan perlawanan minggu ke-20 Liga Super daripada JDT berserta laporan penuh doktor perubatan semalam.

Menerusi kenyataan dikeluarkan MFL,laporan itu mendapati sebahagian besar pemain dan pegawai mereka disahkan dijangkiti virus influenza.

“Selepas penelitian itu, MFL bersetuju untuk tidak meneruskan perlawanan disebabkan bimbang virus influenza yang juga penyakit berjangkit melalui saluran pernafasan disebabkan virus, seterusnya memberi negatif kepada persekitaran perlawanan itu jika aksi tetap diteruskan.

“Hal ini kerana virus Influenza bukan sahaja memberikan risiko tinggi kepada pasukan pelawat sebaliknya turut bimbang terdedah kepada jangkitan itu adalah orang ramai jika perlawanan itu diteruskan,” katanya, di sini.


SKUAD PJ City.
Sehubungan itu, MFL membuat keputusan untuk menunda perlawanan Liga Super JDT dengan PJ City FC ke tarikh baharu iaitu pada 16 Julai ini. Keputusan itu diterima dan disokong kedua-dua pasukan.

Atas semangat kesukanan juga, pasukan Kuala Lumpur turut bersetuju menunda tarikh perlawanan dengan JDT pada 14 Julai ini kepada 13 Julai bagi membolehkan pasukan lawan itu mempunyai tempoh rehat dua hari sebelum perlawanan menentang PJ City FC pada 16 Julai ini.

Ini bukan pertama kali insiden seumpama itu berlaku di mana pihak Jawatankuasa Pertandingan Tempatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada Jun 2014 menunda perlawanan Liga Premier di antara Perlis dan UiTM FC selepas 14 pemain Perlis diserang penyakit cirit birit.

Sementara itu pihak pengurusan PJ City FC menyokong keputusan MFL itu yang dilihat tepat sebagai langkah berjaga-jaga untuk mengelak penularan penyakit itu terus merebak.

Menurut Setiausaha Agung PJ City FC, S Ganesh, mereka sudah dimaklumkan mengenai situasi itu dengan jelas dan menyokong keputusan penundaan perlawanan ke tarikh 16 Julai ini. “Kami sokong keputusan penangguhan perlawanan ini dengan terbuka kerana bagi kami aspek kesihatan memang patut diutamakan ketika ini.

“Jika dilihat laporan kes kesihatan yang melanda beberapa pemain JDT, memang kita tidak boleh ambil mudah dan kami pun ingin ambil langkah berjaga-jaga juga sebab risau pemain-pemain lain boleh terkena jangkitan atau sebagainya,” katanya.

SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 Julai 2019 @ 8:12 PM

No comments:

Post a Comment