ADAM Nor Azlin (kanan) bersaing
dengan pemain Kemboja, Reung Bunheng. FOTO Osman Adnan
Firdaus Hashim
firdaushashim@hmetro.com.my
KAPTEN skuad bawah 22 (B-22)
tahun negara, Adam Nor Azlin mengakui dia gagal menjalankan tanggungjawabnya
selaku ketua pasukan.
Dia jelas kecewa kerana tidak
dapat membantu pasukan melepasi peringkat kumpulan Sukan Sea 2019 kali ini
selepas Malaysia tumbang buat kali kedua dalam empat perlawanan.
Kekalahan 1-3 kepada Kemboja di
Stadium Memorial Rizal, di sini semalam meletakkan pasukan di tangga keempat
Kumpulan A dengan hanya meraih empat mata sekali gus gagal mara ke separuh
akhir.
“Secara peribadi saya gagal
sebagai ketua pasukan untuk membawa pasukan ini. Tapi bagi saya ia bukan
kegagalan selama-lamanya... bagi saya memang kecewa, tapi kecewa itu kalau kita
layan sampai bila-bila dan memikirkan apa orang kata sebagai manusia kita akan
hilang semangat.
“Kami dah cuba terbaik tapi
mungkin rezeki tidak menyebelahi. Apa yang dah berlaku saya harap ia jadi
pengalaman berguna kepada kami supaya tidak diulangi pada kejohanan akan
datang,” katanya selepas perlawanan semalam.
Sementara itu, pengendali Datuk
Ong Kim Swee mempersoalkan kenapa sekarang baru hendak mempertikaikan formasi
beliau.
“Bila kami layak ke suku akhir
dan menewaskan Korea Selatan (Sukan Asia 2018), tak ada pun orang bertanya
mengenai formasi saya.
“Tapi kenapa mempertikaikan
formasi sekarang sedangkan ramai pemain yang sama. Jadi saya rasa itu hanya
satu isu yang sengaja nak ditimbulkan.
“Jika anda lihat formasi, ia ada
macam-macam formasi. Kami boleh bermain (formasi lain) tapi kalau kami bermain
tidak mengikut kehendak, dah tentu ia tetap tidak menyebelahi,” katanya pada
sidang media di Stadium Memorial Rizal, di sini, semalam.
Kegagalan Kim Swee membawa pasukan
melepasi peringkat kumpulan adalah yang kedua selepas turut terkandas pada
temasya 2015 di Singapura.
SUMBER© New Straits Times Press
(M) Bhd.[1]
No comments:
Post a Comment