Ad

Thursday, 17 September 2020

Nazrulerwan ganti Zahasmi



NAZRULERWAN MAKMOR

Oleh YATIMIN ABDULLAH

17 September 2020, 8:40 pm

KOTA BHARU: Bekas tonggak pertahanan Selangor, Nazrulerwan Makmor diumumkan sebagai ketua jurulatih sementara Pasukan Bola Sepak Kelantan United (KUFC) bagi menggantikan Zahasmi Ismail yang direhatkan.

Setiausaha Eksekutif KUFC Anas Kharimi Ahmad Thani berkata, Nazrulerwan diberikan mandat untuk mengemudi pasukan bagi meneruskan baki empat perlawanan selepas ini.

Menurutnya, dalam pada masa yang sama pengendali skuad Piala Presiden KUFC Hamdan Mohamad pula dilantik sebagai pembantu kepada Nazrulerwan.

Pelantikan Hamdan dibuat susulan keputusan mesyuarat khas pihak pengurusan kelab pada Isnin lalu yang turut merehatkan dua pembantu kejurulatihan, Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Anas Kharimi memberitahu, KUFC turut melakukan rombakan di peringkat pengurusan pasukan.

Katanya, bekas pengurus skuad Piala Presiden Rozi Muhamad dilantik sebagai pengurus baru KUFC berkuat kuasa serta merta.

Utusan Malaysia pada 15 September lalu melaporkan KUFC melakukan kejutan terbesar musim ini dengan merehatkan semua barisan kejurulatihan pasukan berkuat-kuasa serta merta meskipun saingan Liga Perdana masih berbaki empat perlawanan.

Bagaimanapun, tempoh ‘rehat’ Zahasmi selaku ketua jurulatih bersama dua penolongnya iaitu Sazami Shafii dan Zahariman Ghazali akan dimaklumknan sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak.sumber-um online

No comments:

Post a Comment