Ad

Monday 1 March 2021

1991-AZMAN ADNAN MENYERTAI PASUKAN KUALA LUMPUR

(BIOGRAFI AZMAN ADNAN SIRI 15)

OLEH-AHMAD YAAKOB
Pada 1991, Azman mula membarisi skuad senior KLFA, yang dibintangi ramai pemain senior yang berpengalaman.1 Azman berbangga kerana dipilih menyertai pasukan Kuala Lumpur dan dapat bermain bersama pemain senior. Antara pemain senior tersebut ialah Mat Zan Mat Aris, Razif Ismail, K.Kanan, Subadron Aziz, Ramlan Askolani dan dua orang pemain impot Miladin Kuc dan Zorang Nicolik. Setiap kali dalam perlawanan Mat Zan Mat Aris dan Razif Ismail sentiasa bagi sokongan kepada Azman untuk mengatasi masalah gugup dan kesilapan telepas bola di depan gol.
Jersi pertama Azman Adnan bersama Kuala Lumpur bernombor 25. Ketika itu jurulatih Chow Kwai Lam meletak Azman sebagai pemain utama.Perlawanan pertama Azman Adnan pada tahun 1991 ialah menentanng Kelantan di Stadium Sultan Muhammad ke-4. Dalam perlawanan tersebut Azman menjaringkan satu gol untuk Pasukan Kuala Lumpur.2
Sumber foto-Channel The Azman Adnan



___________________________________________
[2]Channel The Azman Adnan.

No comments:

Post a Comment