Ad

Monday 15 March 2021

Luqman dapat panggilan skuad Harimau Malaya

 SUKAN



LUQMAN bakal menyertai skuad Harimau Malaya yang akan menjalani latihan pusat bermula 22 Mac ini.

Luqman dapat panggilan skuad Harimau Malaya

Oleh MUHAMAD ARDIE PUTRA SUHAIMI

14 Mac 2021, 8:24 pmPEMAIN muda sensasi negara yang berpangkalan di Belgium, Luqman Hakim Shamsudin akhirnya mendapat panggilan skuad senior Harimau Malaya buat pertama kali untuk menjalani kem latihan yang akan bermula pada 22 Mac depan.Pengurus skuad Harimau Malaya, Datuk Yusoff Mahadi mengesahkan Luqman telah dipilih untuk bersama menjalani latihan skuad Harimau Malaya yang membuat persiapan sebelum mengharungi baki saingan kelayakan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 pada Jun depan.Kata Yusoff, Luqman yang mendapat pelepasan awal daripada kelab yang diwakilinya, K.V. Kortrijk akan menjalani tempoh kuarantin selama seminggu di Kuala Lumpur sebelum dilepaskan menyertai kem latihan skuad kebangsaan.Luqman akan bersama dengan skuad kebangsaan yang sedang mengharungi persiapan Piala Asia 2023/Piala Dunia 2022 pada Jun depan. Saya gembira apabila dia mendapat pelepasan awal daripada kelab yang diwakilinya.Justeru, saya rasa tidak timbul isu kekangan masa kerana dia tetap akan menjalani tempoh kuarantin seperti yang ditetapkan oleh pihak kerajaan sebelum dilepaskan menyertai kem latihan pusat bermula Isnin depan,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.K.V. Kortrijk telah mendedahkan menerusi laman sosial Facebook mereka bahawa pemain berusia 19 tahun itu telah berangkat pulang ke Malaysia kelmarin.Difahamkan, kem latihan pusat skuad Harimau Malaya kali ini dijangka dilakukan di Johor Bahru dengan kemungkinan selama 10 hari.Sementara itu, ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe mengesahkan senarai penuh pemain yang akan menyusuli Luqman bakal dikeluarkan dalam masa yang terdekat.Seperti yang saya beritahu sebelum ini, Luqman memang akan dipanggil bersama skuad Harimau Malaya dan senarai penuh 28 pemain mungkin akan diumumkan pada esok (hari ini) atau selewatnya pada Selasa,” katanya. Kosmo! ONLINE

No comments:

Post a Comment