Oleh Nor Azan Fitri Ahmad Hidzir
7 Mac 2021, 8:53 pm
PETALING JAYA: Pasangan beregu wanita, Pearly Tan-M. Thinaah muncul juara kejohanan badminton Terbuka Switzerland selepas menundukkan pilihan ketiga dari Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva sebentar tadi.
Dalam aksi yang berlangsung di Basel itu, pasangan muda negara itu bagaimanapun hampir tewas pada set pertama meskipun mendahului 11-3 pada awal permainan sebelum lawan mereka bangkit untuk menyamakan kedudukan 14-14.
Bagaimanapun, Pearly-Thinaah berjaya menampilkan aksi meyakinkan untuk meraih kemenangan 21-19 pada set pertama.
Pada set kedua, mereka mendahului permainan 6-2 sebelum lawan mereka bangkit untuk menjadikan kedudukan 10-10.
Gandingan muda negara itu akhirnya berjaya menemui rentak kemenangan untuk menamatkan permanan 21-12 bagi mengesahkan kejuaraan pertama mereka di kejohanan berstatu Super 300 itu buat kali pertama tahun ini.
Keputusan itu dijangka membolehkan Pearly-Thinaah melonjakkan kedudukan mereka dari kedudukan ke-30 ke dalam senarai 20 terbaik dunia. SUMBER-UM ONLINE
No comments:
Post a Comment