Ad

Monday, 15 March 2021

Peledak tempatan lebih menyerlah aksi awal Liga Super

 Peledak tempatan lebih menyerlah aksi awal Liga Super

Syafiq Aznan - Mac 16, 2021 @ 10:56am

syafiq.aznan@bh.com.my



Penyerang PJ City FC, Darren Lok sudah menjaringkan tiga gol dalam saingan Liga Super selepas tiga aksi. - Foto ihsan semuanya bola.

KUALA LUMPUR: Selepas tiga perlawanan Liga Super, pemain tempatan jelas menunjukkan taring mereka apabila meledak 21 daripada 38 gol yang direkodkan.

Jumlah itu mengatasi pencapaian kelompok penyerang import yang ketika ini menghasilkan 15 dalam saingan Liga Super manakala dua lagi adalah ihsan gol sendiri.

Paling mencuri tumpuan sudah pasti penyerang PJ City FC, Darren Lok yang ketika ini muncul penjaring terbanyak Liga Super dengan tiga gol termasuk ketika menang 1-0 ke atas Sabah FC minggu lalu.

Penyerang berdarah kacukan itu sebelum ini menjaringkan dua gol untuk membantu skuad The Phoenix bangkit sebelum terikat 2-2 menentang Melaka United FC (MUFC), minggu lalu.

Selain Darren, penyerang MUFC, S Kumaahran dan pemain muda Terengganu FC (TFC), Hakimi Abdullah juga tampak berada pada momentum terbaik selepas berjaya menyumbang dua gol buat pasukan masing-masing setakat ini.

Selain itu, bintang masa depan Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi juga tidak kurang hebatnya apabila pemain berusia 18 tahun itu berjaya meledak satu gol untuk membantu pasukannya membenam UiTM FC 4-0.

Bagi pemain import pula, Dominique da Sylva membuktikan pemilihan KL City FC untuk mengikatnya adalah satu keputusan yang betul selepas meledak dua gol masing-masing ketika bertemu UiTM FC dan Selangor FC.

Turut terikat dengan dua gol adalah pemain tengah import The Red Giants, Oliver Buff yang berjaya meledak dua gol pada penampilan pertama bersama pasukan itu ketika menewaskan Sri Pahang FC 3-1 pada aksi pertama.

Ayam tambatan Kedah Darul Aman (KFA) FC, Kpah Sherman juga mengharungi permulaan musim yang baik apabila turut sama menyumbang dua gol buat pasukan itu dalam tiga perlawanan.SUMBER-BH ONLINE

No comments:

Post a Comment