Ad

Wednesday 31 March 2021

Ronaldo kembali temui sentuhan gol

 SUKAN



RONALDO meledak gol pertamanya tahun ini bersama Portugal ketika membantu pasukan itu mencatat kemenangan 3-1 ke atas Luxembourg awal pagi semalam. – AFP

Ronaldo kembali temui sentuhan gol

Oleh KOSMO!

1 April 2021, 11:15 am

LUXEMBOURG CITY – Bintang Juventus, Cristiano Ronaldo menamatkan kemarau jaringannya di pentas antarabangsa bersama Portugal pada tahun ini apabila meledak satu gol menewaskan Luxembourg 3-1 di Stade Josy Barthel awal pagi semalam.

Ronaldo, 35, membuka akaun jaringannya buat Portugal pada minit ke-50, namun kapten Portugal berkenan mensia-siakan peluang keemasan untuk menambah koleksi gol dalam aksi ketiga Kumpulan A kelayakan Piala Dunia 2022 itu.

Begitupun, ia merupakan satu persembahan berkualiti dipamerkan juara Eropah itu yang bangkit memenangi perlawanan menerusi gol-gol daripada Ronaldo, Diogo Jota dan Joao Palhinha selepas ketinggalan awal kepada Luxembourg.

Ketua jurulatih Portugal, Fernando Santos bagaimanapun belum berpuas hati dengan corak awal permainan mereka selepas membenarkan Luxembourg membuka tirai jaringan menerusi Gerson Rodrigues pada minit ke-30.

Kami tidak menunjukkan intensiti yang tinggi. Saya terpaksa meningatkan pemain bahawa kami tidak mampu memenangi perlawanan jika mengharapkan kualiti individu.

Pemain akhirnya memahami perkara ini selepas pihak lawan menjadikan perlawanan ini begitu sukar buat mereka. Situasi itu berubah apabila kami bermain sebagai satu pasukan pada babak kedua,” katanya.

Kemenangan itu membolehkan Portugal mendahului carta Kumpulan A, tujuh mata sama dengan pasukan tempat kedua, Serbia yang berjaya mencatat kemenangan tipis 2-1 ke atas Azerbaijan awal pagi semalam. – AGENSI SUMBER-KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment