Ad

Wednesday 10 March 2021

Sarawak terus garang



PEMAIN Sarawak United FC meraikan jaringan kedua mereka ketika menentang Perak II FC dalam perlawanan Liga Perdana di Stadium Perak, Ipoh hari ini. - UTUSAN/ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh AZIZAN HASHIM

10 Mac 2021, 8:40 pm

IPOH : Sarawak United FC meneruskan rentak cemerlangnya dalam kancah Liga Perdana 2021 apabila menumpaskan Perak FC II 3-0 di Stadium Perak, petang ini.

Dua jaringan Uche Agba dan gol Norshahrul Idlan Talaha mencukupi buat anak buah E. Elaravasan merakam kemenangan keduanya setakat ini.

Sebelum ini, Sarawak United FC membuka kempen dengan kejayaan 2-0 ke atas Kelantan United, Ahad lalu.

Begitupun, kejayaan pelawat memang telah diduga berdasarkan barisan pemain dimiliki berbanding tuan rumah yang dibarisi pemain Piala Presiden Perak menyaksikan perlawanan ibarat antara ‘guru dengan murid’.

Bagaimanapun, kemenangan tidak mudah buat Sarawak United kerana menerima tentangan daripada anak didik Syamsul Mohd. Saad.

Cuaca panas petang turut menjejas persembahan Sarawak United biarpun menguasai perlawanan.

Pelawat terpaksa meneruskan perlawanan dengan 10 pemain selepas Muhammad Zahril Azri Zabri diperintah keluar padang keraba mengutip kad kuning kedua pada minit ke-81.

Selepas menunggu 35 minit, akhirnya Norshahrul Idlan Talaha atau Matyo memecah kubu lawan untuk pelawat mendahului pada babak pertama.

Tuan rumah berpeluang menyamakan kedudukan tetapi rembatan Muhammad Alif Zikri tersasar sejurus sebelum rehat.

Babak kedua menyaksikan perubahan Perak yang memasukkan semua pemain utamanya untuk memberi tentangan kepada lawan.

Namun Sarawak United nyata sukar digugat dan berjaya menambah dua gol melalui Uche iaitu menerusi sepakan penalti pada minit ke-75 dan ke-81.SUMBER – UTUSAN

No comments:

Post a Comment