Ad

Wednesday, 3 March 2021

Jualan jersi sehangat Liga M



SELANGOR FC muncul pasukan pertama melancarkan jersi musim 2021, yang mana 6,000 helai terjual dalam tempoh kurang 48 jam.

Oleh ROZAIDI ZULKIFLI

3 Mac 2021, 11:00 am

PETALING JAYA: Covid-19 mungkin memberi sedikit kesukaran kepada penganjuran Liga Malaysia (Liga M) dan persiapan pasukan, namun ia langsung tidak mengurangkan keterujaan peminat untuk menyokong pasukan masing-masing.

Buktinya, permintaan jersi Johor Darul Ta’zim (JDT), Se­langor FC, Terengganu FC, Sabah dan beberapa pasukan bagaikan ‘pisang goreng panas’ apabila habis hanya beberapa jam selepas berada di pasaran.

Apa tidaknya, JDT hanya memerlukan empat jam, 30 minit untuk mengutip RM1.6 juta hasil jualan jersi jenama Nike, manakala Selangor FC kehabisan stok jersi utama dan kedua beberapa jam selepas dilancarkan.

Terengganu FC (TFC) pula menjual 5,000 helai jersi kelua­ran syarikat sukan popular tempatan, Al-Ikhsan Sports dengan kutipan RM500,000 pada hari pertama.

Jersi baharu Sabah FC yang garang dengan warna merah dan bertemakan The Rhinos terjual 1,773 helai dalam masa enam jam selepas pelancaran.

Permintaan yang tinggi mengejutkan pengeluar jersi yang mengakui pada awalnya menjangkakan kesukaran untuk menjual kit pasukan ketika negara dilanda pandemik ­Covid-19.

Pengarah Pemasaran Joma Malaysia, Raymond berkata, cetakan pertama jersi home Selangor FC iaitu 6,000 helai habis dalam tempoh kurang 48 jam, manakala jersi kedua laris 4,000.

Sambutan peminat Selangor amat luar biasa. Ia tidak dijangka kerana sekarang musim Covid-19 dan penyokong tidak masuk ke stadium.

Kami berusaha keras untuk memenuhi permintaan. Cetakan baharu dijangka di­terima pada Mei, 7,000 bagi home dan 5,000 atau lebih untuk away,” kata Raymond kepada Utusan Malaysia semalam.

Pengurus pemasaran Al-Ikhsan Sports, Zechariah Ravinder berkata, sambutan musim ini jauh lebih tinggi berbanding tahun lalu.

Peratusan jualan tahun ini naik berbanding tahun lalu dan kebanyakan peminat memberi maklum balas positif.

Corak memainkan peranan penting untuk jualan dan kita sebagai pembeli pun akan mementing perkara itu,” ujar­nya, yang memberitahu untuk tahun ini syarikat tersebut menaja Melaka United, TFC dan Kelantan Uni­ted (Umbro).SUMBER-UM ONLINE

No comments:

Post a Comment