Ad

Tuesday 9 March 2021

Kemenangan terbaik menjelang All England

 SUKAN



THINAAH (kanan) dan Pearly mendapat tonik tambahan menjelang kejohanan All England dua minggu lagi selepas menang bergaya pada Terbuka Switzerland kelmarin.

Kemenangan terbaik menjelang All England

Oleh MUHAMMAD HELMEE RAMLI

9 Mac 2021, 11:20 am

KEMENANGAN pada kejohanan Terbuka Switzerland mampu menjadi tonik terbaik buat beregu wanita negara, Pearly Tan-M. Thinaah menjelang kejohanan seterusnya.

Gandingan yang berada di ranking ke-30 dunia itu dijangka beraksi pada kejohanan Seluruh England (All England) yang dijadualkan berlangsung 17 hingga 21 Mac depan.

Kata Thinaah, gelaran juara yang diraih pada Terbuka Switzerland kelmarin meningkatkan keyakinan mereka untuk meneruskan rentak cemerlang di Birmingham nanti.

Saya akui kemenangan ini sangat baik kerana mampu me­ningkatkan keyakinan serta motivasi kami untuk menampilkan aksi lebih baik pada kejohanan seterusnya.

Secara jujur, saya sangat teruja dan tidak sabar untuk beraksi pada All England nanti. Terima kasih kepada jurulatih serta semua yang terlibat atas kejayaan ini,” kata Thinaah.

Mengulas aksi final menentang wakil Bulgaria, Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva, Thinaah gembira mereka mampu mengeluarkan aksi sebenar sebelum menang 21-19, 21-12.

Kami berpuas hati dengan kemenangan tersebut kerana berjaya tampilkan aksi sebenar sepanjang perlawanan. Selain itu, kami juga tidak terikut-ikut dengan rentak pasukan lawan.

Mungkin masih ada bebe­rapa kelemahan yang perlu diperbaiki bagi memastikan permainan le­bih kemas. Kami masih ada masa beberapa hari untuk lakukan persiapan,” ujarnya.SUMBER-SUKAN KOSMO ONLINE

No comments:

Post a Comment