MyMetroArena
Nazri Abu Bakar
am@hmetro.com.my
Melaka: Melaka United (MU) masih buntu meraih kemenangan selepas sekadar seri 0-0 berdepan Sri Pahang pada aksi Liga Super di Stadium Hang Jebat Paya Rumput, hari ini.
Keputusan terbabit bagaimanapun mengelak kekalahan ketiga berturut -turut buat Sri Pahang selepas tewas 1-3 kepada Selangor FC dan 0-2 kepada Perak FC sementara MU masih gagal meraih kemenangan pertamanya berikutan sekadar seri berdepan Sabah dan PJ City sebelum ini.
Apapun, saingan rancak dengan pergerakan menarik kedua-dua pasukan memperlihatkan aksi lebih terbuka menerusi beberapa percubaan agresif namun gagal memecah kebuntuan jaringan sepanjang 45 minit pertama.
Peluang terbaik tuan rumah membuka jaringan hadir menerusi sayap lincah Wan Zaharulnizam Wan Zakaria pada minit ke-25 dan ke-40 namun gagal menepati sasaran.
Malah Sri Pahang juga memiliki peluang merobek gawang tuan rumah menerusi Muhammad Jadid ilias dan Baqiuddin Shamsudin pada minit ke-35 dan 37 tetapi dua percubaan terbabit sekadar tinggi melepasi palang gol.
Bersambung babak kedua skuad bimbingan jurulatih Zainal Abidin Hassan lebih kerap melakukan asakan menerusi percubaan pertama Sony Norde pada minit ke-54 tetapi tepat menuju kedakapan penjaga gol gantian Muhammad Zarif Irfan Hashimuddin dan tolakannya pada m-90 sekadarv terkena tiang gol pelawat.
Malah sebelumnya rembatan S Kumaahran juga hanya menggegar palang gol lawan pada minit ke-72 ketika Zarif sudah tertewas.
Tanpa kelibat ketua jurulatih pelawat, Thomas Dooley dan penolongnya, Christophe Gamel yang direhatkan menyaksikan Dollah Salleh diberi tugas memberi arahan kepada pemain sambil dibantu Ahmad Yusoff jelas memperlihatkan pelawat memiliki kesungguhan tinggi mencipta jaringan.
Bagaimanapun tandukan Mohamad Muslim Ahmad berjaya diselamatkan penjaga gol Khairul Fahmi Che Mat pada minit ke-72 aksi untuk kedua-dua pasukan berkongsi satu mata di Melaka.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 Mac 2021 @ 11:58 PM
No comments:
Post a Comment