Ad

Tuesday 30 March 2021

Hanya pemegang pas bermusim boleh masuk stadium

 SUKAN



Hanya pemegang pas bermusim diberi keutamaan untuk menyaksikan perlawanan JDT menentang MU di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Johor, Jumaat ini. - Foto JOHOR SOUTHERN TIGER

Hanya pemegang pas bermusim boleh masuk stadium

Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM

30 Mac 2021, 6:32 pm

JOHOR BAHRU – Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) memberi keutamaan kepada pemegang pas bermusim sahaja bagi menyaksikan perlawanan Liga Super menentang Melaka United di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, pada Jumaat ini.

Menerusi kenyataan di Facebook rasmi JDT, Johor Southern Tigers berkata, kesemua pemegang Pas Bermusim Platinum dibenarkan masuk dan hanya perlu hadir di Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan dengan membawa pas bermusim masing-masing.

Bagaimanapun, menurut kenyataan itu, jumlah yang dibenarkan untuk pemegang Pas Bermusim Gold adalah terhad ekoran syarat yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Liga Bolasepak Malaysia (MFL).

Katanya, pemegang Pas Bermusim Gold perlu mengambil QR Code (pas masuk) di kaunter pandu lalu di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin pada Khamis (12 tengah hari hingga 8 malam) atau Jumaat (10 pagi hingga 1 petang) tertakluk kepada jumlah sedia ada.

Kad Pas Bermusim perlu ditunjukkan dan pengambilan oleh pihak ketiga dibenarkan jika kad pas bermusim ditunjukkan. Satu pas bermusim layak untuk mendapat satu QR Code sahaja,” kata kenyataan itu hari ini.

Mengulas lanjut, kenyataan itu turut menjelaskan bahawa pemegang Pas Bermusim Gold perlu kekal di dalam kenderaan ketika pandu lalu kerana tiada kaunter fizikal disediakan.

Hanya mereka yang mempunyai QR Code atau kad Pas Bermusim Platinum sahaja dibenarkan untuk berada di kawasan Stadium Sultan Ibrahim pada hari perlawanan,” katanya. – K! ONLINE

No comments:

Post a Comment