Ad

Wednesday, 17 March 2021

Safawi dijangka pulih lebih cepat

MyMetroArena



Syazwan Msar

mohdsyazwan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Jika bukan kerana kecanggihan teknologi dan kemudahan lengkap yang dimiliki Johor Darul Ta'zim (JDT), kemungkinan tonggak Harimau Malaya, Safawi Rasid perlu berehat lebih lama atau lebih malang terlepas aksi Kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 Jun nanti.

Ketika ini, pemain JDT itu menjalani rawatan plasma 'Platelet-Rich' yang terdapat di pusat rawatan dan kecergasan berpangkalan di selatan tanah air itu.

Rawatan berkenaan membantu tisu yang rosak untuk sembuh dengan sendiri atau tersekat dalam proses penyembuhan.

Menerusi satu kenyataan, Johor Southern Tiger memaklumkan kemudahan rawatan yang terdapat di JDT memudahkan pemain seperti Safawi menjalani rawatan tanpa perlu ke hospital.

"Pemain kini dapat dirawat dengan lebih cepat untuk memastikan mereka dapat kembali dengan pantas," katanya.

Mengikut rekod, ketika ini hanya JDT mempunyai kemudahan rawatan terbabit manakala kebanyakan kelab lain akan merujuk kepada pihak hospital jika pemain mereka mahu mendapatkan rawatan lanjut.

Sementara itu, ketua jurulatih JDT, Benjamin Mora memaklumkan bahawa Safawi akan segera pulih dan yakin boleh sembuh dengan cepat memandangkan dia seorang pemain yang masih muda serta sanggup bekerja keras untuk kembali bermain.

"Safawi sememangnya pemain terbaik di Malaysia, seperti mana yang saya pernah beritahu banyak kali sebelum ini tetapi inilah bola sepak, ada masanya anda perlu berehat untuk sembuh daripada kecederaan," katanya.

SUMBERArtikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 Mac 2021 @ 9:07 PM

No comments:

Post a Comment