MyMetroArena
AFP
London: Arsenal berjaya bangkit selepas dimalukan dengan gol pembukaan Erik Lamela melalui sepakan 'rabona' untuk menumpaskan Tottenham 2-1 yang beraksi dengan 10 pemain.
Lamela meledak salah satu daripada gol terhebat dalam sejarah Liga Perdana Inggeris (EPL) melalui rembatan kaki bersilang pada separuh masa pertama di Stadium Emirates.
Bagaimanapun, penyerang Tottenham itu bertukar dari wira kepada pemusnah apabila diperintah keluar padang selepas menerima kad kuning kedua.
Martin Odegaard menyamakan kedudukan sebelum separuh masa pertama berakhir dan Alexandre Lacazette mengesahkan tiga mata buat pasukan tuan rumah melalui sepakan penalti pada separuh masa kedua.
PEMAIN tengah Scott McTominay (tengah) berlari membawa bola ketika aksi dengan West Ham pagi tadi. FOTO AFP
Sementara itu, Manchester United memperkukuhkan kedudukannya untuk layak ke Liga Juara-Juara musim depan selepas gol sendiri Craig Dawson membolehkan anak buah Ole Gunnar Solskjaer mencatat kemenangan 1-0 ke atas West Ham.
Kemenangan itu membolehkan United memintas Leicester untuk kedudukan kedua di EPL dan merapatkan jurang 14 mata dengan pendahulu, Manchester City
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 15 Mac 2021 @ 8:13 AM
No comments:
Post a Comment