MyMetroArena
Agensi
London: Pengurus Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer mengakui berminat untuk mendapatkan khidmat Cristiano Ronaldo ketika masa depan bintang Portugal itu bersama Juventus terus mencetuskan persoalan.
Gergasi Serie A itu tersingkir pada saingan Liga Juara-Juara ketika bertemu Porto minggu lalu sekali gus menimbulkan persoalan berhubung masa depan Ronaldo.
Kelab Turin itu sedang mempertimbangkan untuk menjualnya pada hujung musim ini kerana masalah kewangan, menurut laporan di Itali.
Minggu lalu ejen Ronaldo, Jorge Mendes mendedahkan pernah menawarkan pemain berstatus bintang itu untuk kembali ke Manchester United pada musim lalu namun ia tidak menjadi kenyataan.
Namun Solskjaer kini menamakan bintang Portugal itu sebagai salah seorang daripada dua pemain legenda yang beliau idamkan untuk membarisi skuad bimbingannya.
"Terdapat beberapa pemain yang pernah saya beraksi bersama dan mahu mereka berada dalam pasukan sekarang.
"Saya berminat beraksi bersama Roy Keane tetapi tak pasti jika dapat mengurusnya.
"Saya juga pernah beraksi dengan Cristiano Ronaldo dan dia adalah pemain terbaik di dunia bersama Lionel Messi sejak 10 hingga 15 tahun lalu.
"Anda pasti mahu menggunakan khidmatnya dalam pasukan anda.
"Ketika ini dia adalah pemain Juventus dan beraksi dengan baik di sana. Saya tidak mahu bercakap perkara yang menjadi tumpuan sekarang.
"Saya hanya boleh katakan ialah dia pemain Juventus dan kami perlu menghormatinya," katanya.
SUMBER-Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Mac 2021 @ 9:08 PM
No comments:
Post a Comment