Ad

Friday, 30 August 2013

Bujang Senang azam benam Kedah di gelanggang sendiri

AKSI antara Sarawak dan Kedah di Stadium Darul Aman, Alor Setar Selasa lalu.


SARAWAK akan menggunakan kelebihan beraksi di tempat sendiri - Stadium Negeri, Petra Jaya untuk membenam Kedah pada persaingan Kumpulan D Piala Malaysia malam ini, lapor FIRDAUS HASSAN.
Ketua jurulatih Sarawak, Robert Alberts berkata, skuad Bujang Senang itu akan menampilkan persembahan terbaik di hadapan penyokong sendiri bagi memburu tiga mata penuh, sekali gus mencerahkan peluang ke suku akhir.
"Sarawak kini berada pada landasan terbaik untuk ke peringkat seterusnya dengan dua perlawanan menentang Kedah (malam ini) dan Perak yang turut akan berlangsung di tempat sendiri.
"Segalanya kini terletak di tangan kami meskipun kami kehilangan khidmat kapten, Shahrol Saperi akibat kecederaan lutut kiri ketika bertandang ke Kedah Selasa lalu.
"Namun, kekosongan yang ditinggalkan oleh Shahrol bakal diisi oleh pemain import, Guy Bwele," ujar beliau.
Mengulas mengenai kecederaan yang dialami Shahrol, Alberts berkata, pemain tengah itu baru selesai menjalani pemeriksaan doktor dan berkemungkinan terpaksa direhatkan sekurang-kurangnya tiga minggu.
Selepas aksi menentang Kedah, Sarawak akan bertandang ke Stadium Jalan Besar, Singapura untuk bertemu Lions XII sebelum menanti kunjungan pendahulu Kumpulan D, Perak di laman sendiri.

Rujukan: http://www.kosmo.com.my 31.8.13

No comments:

Post a Comment