Ad

Wednesday 21 August 2013

Kelantan Pasang Perangkap

Red Warriors pasang perangkap

BOJAN Hodak memberi arahan kepada anak-anak buahnya dalam latihan baru-baru ini bagi menghadapi Pahang dalam saingan Piala Malaysia, malam ini.
KOTA BHARU - Kelantan akan mempertaruhkan barisan terbaiknya bertemu Pahang dalam aksi bola sepak Piala Malaysia di Stadium Darul Makmur, Kuantan, malam ini.
Ketua jurulatih Kelantan, Bojan Hodak berkata, kesemua tonggak utamanya yang sebelum ini mengalami kecederaan, pulih sepenuhnya dan bersiap sedia untuk perlawanan tersebut.
Beliau berkata, kehadiran semula tonggak utama termasuk pemain kebangsaan membolehkannya merencanakan ramuan terbaik untuk menghadapi saingan Pahang pada perlawanan tersebut.
Menurut Hodak, dia telah menemui skuad bayangan yang akan dipertaruhkan dalam perlawanan pertama itu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kelantan.
"Kelantan akan beraksi dengan kekuatan penuh pada perlawanan tersebut. Kita mahu mendapatkan keputusan yang baik iaitu dengan meraih tiga mata pada perlawanan pertama ini.
"Keputusan baik amat diperlukan oleh pasukan Kelantan sebagai motivasi dalam usaha kita mempertahankan kejuaraan yang dimenangi pada musim lalu," katanya ketika ditemui pemberita semalam.
Antara tonggak The Red Warriors yang sebelum ini mengalami kecederaan ialah kapten pasukan, Mohd. Badhri Radzi, Indra Putra Mahyuddin serta dua pemain skuad kebangsaan Azizi Mat Rose dan Mohd. Nor Farhan Mohamad.
Selain itu, tiga lagi tonggak Kelantan yang menyarung jersi kebangsaan ialah Shakir Shaari, Nik Mohd. Shahrul Azim Ab Halim dan pengaja gol Khairul Fahmi Che Mat.
Mengulas mengenai pertemuan dengan Pahang, pengendali berusia 43 tahun itu tetap waspada dengan kemampuan skuad bimbingan Dollah Salleh itu.
Katanya, meskipun dijangka turun tanpa penyerang utamanya Azzamuddin Akil yang masih belum pulih dari kecederaan, namun kemampuan mereka tidak boleh diperkecilkan.
"Bagaimanapun kita tidak akan memberikan laluan mudah buat mereka. Impian kita ke Darul Makmur ialah untuk mendapatkan tiga mata.
"Jadi saya harap pemain yang bakal beraksi dalam perlawanan ini dapat memberikan persembahan terbaik bagi memastikan tiga mata menjadi milik Kelantan," ujarnya.


Rujukan: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130820/su_04/Red-Warriors-pasang-perangkap#ixzz2cbjOZYGS
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments:

Post a Comment