TUNKU OSMAN JEWA
Allahyarham Jen (B) Tunku Osman bin Tunku Mohd Jewa
dilahirkan pada 24 November 1919 di Alor Star, Kedah. Selepas menuntut di
England, beliau menyertai Rejimen Goister Ke-10 pada 16 AprIl 1942, malangnya
rejimen yang disertai beliau itu kemudiannya telah dibubarkan dan beliau
seterusnya ditukarkan ke Skuadron Ke 77 Peninjau Bebas yang berpangkalan di
Newton Abot. Tidak lama kernudian skuadron berkenaan telah bergabung pula
dengan tiga skuadron lain sehingga tertubuhnya Rejimen Ke 80 Peninjau British.
Ketika dalam rejimen iniiah beliau telah dpiIih untuk lantikan pegawai
bertauliah pada Januaari 1943. Tidak lama setepas itu beliau bersama
Allahyarham Mejar Tengku Mahiyuddin yang ketika itu sedang mencari anak-anak
muda untuk berkhidmat dengan pasukan Force 136. Setelah tamat menjalani latihan
pegawai pada 1945, beliau telah dihantar ke India untuk menjalani latihan
payung terjun seterusnya di hantar pula ke Sri Lanka untuk menjalani latihan
perang secara gerila.
Bersama seorang rakannya beliau telah digugurkan di
Kampung Kuala Janing dekat Kuala Nerang, Kedah untuk menyertai Pasukan Force
136 AMS (Anak Melayu Setia) pada Jun 1945. Malangnya misi beliau ini terlalu
singkat apabila berita pengeboman Horishima dan Nagasaki, tentera Jepun telah
menyerah-kalah tanpa syarat pada 15 Ogos 1945.
Tunku Osman kemudiannya telah mendaftar diri semula
sebagai Pegawai Kadet Askar Melayu pada 1 Februari 1947. Pengalaman Iatihan
perang hutan secara gerila banyak memberi pengajaran kepadanya terutama ketika
beroperasi menentang pengganas komunis di Malaya. Dalam masa kurang 12 tahun
beliau berjaya menyandang pangkat Leftenan Kolonel, dua tahun kemudian beliau
dinaikkan pangkat BrigedierJeneral dan dilantik sebagai pemerintah Bnged Ke-2
lnfantri Persekutuan. Beberapa tahun kemudian beliau dinaikkan ke pangkat Mejar
Jeneral dan dilantik sebagai Ketua Turus Tentera Darat (1962), dan Leftenan
Jeneral (1964) dilantik sebagai Ketua Turus Angkatan Tentera menggantikan Lt.
Jen Tan Sri (Sir) Rodney Moore. Beliau kemudiannya dinaikkan ke pangkat Jeneral
pada 1 Julai 1966, seterusnya bersara dan perkhidmatan ATM pada 24 November
1969, genap usia 50 tahun.
RUJUKAN:http://pbtm.my
No comments:
Post a Comment